PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Dr Zakir Naik terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Baru Uban S. Raveentharan memindahkan perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh penceramah bebas itu terhadapnya dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Panel tiga anggota yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah hari ini membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam yang mewakili S. Raveentharan berhubung ketidakpatuhan peruntukan mandatori oleh peguam peguam Dr Zakir.
Hakim Yaacob yang mengetuai panel itu berpendapat bahawa rayuan Zakir tidak kompeten kerana tidak mematuhi Peraturan 18 (6) Peraturan Mahkamah Rayuan 1994.
"Kami berpandangan bahawa Peraturan 18 (6) adalah bersifat mandatori. Ia harus dipatuhi oleh semua pihak. Tidak ada pengecualian terhadap pematuhan Peraturan ini," katanya, sambil menambah bahawa ada merit dalam bantahan awal.
Mahkamah juga menolak rayuan balas Raveentharan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang berkaitan dengan keabsahan afidavit Zakir.
Dalam prosiding pendengaran rayuan yang berlangsung secara maya, peguam Raveentharan, Kernail Singh berhujah bahawa rayuan itu telah menjadi batal kerana tidak ada rekod rayuan yang teratur difailkan, sebab peguam Zakir tidak memberikan mereka indeks draf rekod rayuan.
Kernail Singh berkata Peraturan 18 (6) adalah wajib, dan peruntukan mandatori yang perlu dipatuhi oleh peguamcara perayu. Turut mewakili Raveentharan adalah peguam Datuk Tharumarajah Thiagarajan.
Peraturan 18 (6) menetapkan bahawa draf indeks dokumen mesti disertakan dalam rekod rayuan dan dihantar oleh peguam cara pemohon kepada peguam cara responden atau (jika lebih dari satu) salah seorang daripadanya, yang boleh dalam tempoh 48 jam membantah terhadap penyertaan atau pengecualian mana-mana dokumen.
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Zakir berkata, pada waktu yang berkenaan, responden mempunyai salinan rekod rayuan, semuanya yang diperlukan telah dimasukkan ke dalam rekod rayuan.
Pada 12 Disember 2019, Zakir selaku plaintif memfailkan saman terhadap Raveentharan atas dakwaan memuat naik lima kenyataan fitnah di Facebook antara 13 dan 17 Oktober tahun sama.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa lima kenyataan itu dilakukan dengan niat jahat tanpa membuat pengesahan daripadanya berhubung kebenaran dan kesahihan dakwaan dalam hantaran itu.
Zakir mendakwa lima kenyataan yang dimuat naik itu menggambarkan bahawa dirinya sebagai orang yang jahat dan merupakan ancaman kepada keselamatan negara, keamanan, dan keharmonian di Malaysia selain mendakwa kenyataan itu tidak berasas dan palsu.
Oleh itu, plaintif memohon perintah daripada mahkamah supaya defendan mengeluarkan lima kenyataan fitnah itu daripada laman sesawang, media sosial atau mana-mana medium yang berkaitan selain menuntut ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan, serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
Pada 23 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Raveentharan untuk memindahkan perbicaraan kes saman itu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Sementara itu peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang turut mewakili Zakir ketika dihubungi berkata, beliau akan menfailkan penangguhan bagi merayu kepada Mahkamah Rayuan, memandangkan rayuan mereka ditolak atas alasan teknikal, dan merit rayuan itu tidak didengar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021

Hakim berpendapat bahawa rayuan Zakir tidak kompeten kerana tidak mematuhi Peraturan 18 (6) Peraturan Mahkamah Rayuan 1994. - Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Biar isu ekstradisi Zakir Naik reda seketika - PM Anwar
Anwar berkata adalah lebih baik isu melibatkan ekstradisi Dr Zakir Naik reda seketika, selagi ia tidak menjejaskan hubungan Malaysia-India.

Ramasamy kalah saman, bayar lebih RM1 juta kepada Dr Zakir Naik
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy membayar lebih RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari.

Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi.

Zakir Naik dijangka kembali ke Malaysia
Peguamnya memaklumkan bahawa penceramah itu masih mempunyai beberapa program di Oman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Peguam nafi Zakir Naik ditahan
Akberdin sebaliknya memaklumkan, kehadiran Zakir ke Oman dialu-alukan dan disambut dengan protokol rasmi di ibu negara Muscat.

Zakir Naik dilapor ditahan di Oman, dihantar pulang ke India
Agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.

Zakir Naik cari calon menantu
Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.

PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN
PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.