KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, berhubung satu kenyataan fitnah, empat tahun lalu.
Ia selepas Hakim, Datuk Akhtar Tahir mendapati kenyataan Charles selaku defendan dalam ceramah bertajuk ‘Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)’ pada 25 November 2019, telah memfitnah Zakir.
Bagaimanapun, Akhtar berkata, perkara itu tidak mencemarkan imej dan reputasi Zakir selaku plaintif sebaliknya meningkatkan reputasinya sebagai seorang penceramah agama yang berpengaruh di negara ini.
“Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa plaintif tidak berhak mendapat sebarang ganti rugi tetapi memandangkan kenyataan itu adalah fitnah, saya mengarahkan defendan untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya.
Selepas membaca keputusan penghakiman tersebut, Charles dan Zakir yang duduk di galeri awam, diminta masuk ke mahkamah dan berdiri di hadapan hakim itu.
Charles: Saya mohon maaf atas kenyataan berkenaan.
Zakir: Ya, saya terima.
Kenyataan fitnah itu diterbitkan sebuah portal bertajuk ‘Critcism of Zakir Naik may have led to LTTE arrest says MP’, dipetik daripada kenyataan defendan mengenai penahanan dua ahli DAP pada 10 Oktober 2020 menjelang Belanjawan, yang dibentangkan di Parlimen.
Hakim itu berkata, Charles mencadangkan bahawa penahanan itu mungkin sebagai tindak balas terhadap kritikan dan laporan polis yang dibuat terhadap Zakir dan ia adalah satu amaran kepada masyarakat India.
Katanya, selain daripada hanya menafikan membuat kenyataan itu, mahkamah menyatakan defendan gagal secara efektif dalam mencabar apa yang dinyatakan dalam artikel berkenaan.
Oleh itu mahkamah membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu sememangnya dibuat oleh defendan.
“Walaupun hujahan defendan bahawa ia tidak ditujukan kepada plaintif, namun ia ibarat ‘serampang dua mata iaitu pertama ditujukan kepada pihak polis dan kerajaan sementara kedua, mengarah kepada plaintif.
“Implikasi daripada kenyataan terhadap plaintif itu ialah, beliau mempunyai pengaruh terhadap polis dan kerajaan dalam penahanan dua ahli DAP berkenaan.
“Walaupun kenyataan itu adalah ungkapan pendapat defendan, namun ia bersifat spekulatif dan belum disahkan dengan keterangan untuk membuktikan kesahihannya, maka mahkamah memutuskan bahawa kenyataan itu telah memfitnah plaintif,” katanya.
Sementara itu, Zakir turut menyaman Charles berhubung kenyataan media pada 13 Ogos 2019 bertajuk `Wednesday Cabinet meeting Must Discuss Zakir Naik's meddling into Politics' sebagai maklum balas kepada kepada ceramah Zakir di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan Charles, ceramah itu berpotensi membangkitkan rusuhan kaum dan kekacauan kerana mempertikai kesetiaan masyarakat India di negara ini.
Dalam prosiding keputusan kes, Akhtar berpendapat, topik yang ditimbulkan dalam ceramah di negeri itu tidak sesuai bagi konteks rakyat Malaysia kerana isu salah faham berhubung Islam oleh bukan Muslim, tidak pernah dibangkitkan.
Hakim ini berkata, mahkamah berpendapat isu tersebut tidak sesuai diperdebatkan di negara ini.
“Meskipun wujud isu salah faham, topik itu wajar dibangkitkan dalam kalangan masyarakat bukan Islam, walhal di Kelantan sebahagian besar yang hadir pada ceramah itu adalah muslim.
“Mahkamah bersetuju dengan defendan bahawa ceramah itu boleh membangkitkan sentimen keagamaan dan mewujudkan suasana tegang dalam kalangan pelbagai penganut agama di Malaysia,” katanya.
Susulan itu mahkamah bersetuju dengan kenyataan Charles berhubung ucapan Zakir, bahawa ia boleh menimbulkan ancaman kepada masyarakat berbilang kaum.
Mahkamah berpendapat, kenyataan Charles ini, tidak berunsur fitnah dan dibuat berdasarkan komen yang adil. - Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 22 2023
![Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684735130_mashup.jpg)
Datuk Akhtar Tahir mendapati kenyataan Charles selaku defendan dalam ceramah bertajuk Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 25 November 2019, telah memfitnah Zakir. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/71563343770_AIR.jpg)
Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN
Pengerusi SPAN Charles Anthony Santiago berkata, keputusan itu juga dibuat susulan permintaan operator air yang terlibat.
![Tujuh empangan berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA - SPAN Tujuh empangan berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA - SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698045947_CharlesAnthony.jpg)
Tujuh empangan berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA - SPAN
Tujuh empangan itu ialah Pedu dan Muda di Kedah; Durian Tunggal, Asahan dan Jus di Melaka; Mengkuang di Pulau Pinang; dan Linggui di Johor.
![Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684735130_mashup.jpg)
Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi.
![Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665754379_TBCharlesSantiago.jpg)
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
![PRU15: Penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi fail permohonan kebenaran merayu PRU15: Penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi fail permohonan kebenaran merayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667836679_courtgavelmahkam.jpg)
PRU15: Penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi fail permohonan kebenaran merayu
Ia selepas rayuan mereka bagi mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen ditolak semalam.
![Rayuan penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi untuk halang PRU15 ditolak Rayuan penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi untuk halang PRU15 ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668518714_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Rayuan penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi untuk halang PRU15 ditolak
Mahkamah Rayuan menolak saman yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang SPR adakan PRU15.
![PRU15: Terus undi PH di Klang, rayu Charles Santiago kepada penyokongnya PRU15: Terus undi PH di Klang, rayu Charles Santiago kepada penyokongnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/71563343770_AIR.jpg)
PRU15: Terus undi PH di Klang, rayu Charles Santiago kepada penyokongnya
Charles berharap penyokongnya memberi sokongan kepada V Ganabatirau yang diumumkan DAP sebagai calon PH untuk parlimen Klang.
![PRU15: Charles Santiago digugur dari kerusi Klang PRU15: Charles Santiago digugur dari kerusi Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665754379_TBCharlesSantiago.jpg)
PRU15: Charles Santiago digugur dari kerusi Klang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, V Ganabatirau akan menggantikan posisi Charles.
![Parlimen bubar: Saman Charles kini akademik, SPR umum PRU15 pada 19 Nov - Peguam Parlimen bubar: Saman Charles kini akademik, SPR umum PRU15 pada 19 Nov - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/71563343770_AIR.jpg)
Parlimen bubar: Saman Charles kini akademik, SPR umum PRU15 pada 19 Nov - Peguam
Tuntutan saman oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14 kini bersifat akademik.
![Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665754379_TBCharlesSantiago.jpg)
Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.