KUALA LUMPUR: Rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya, akan didengar 6 April tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Datuk Hariharan Tara Singh mewakili Jason Lo atau nama sebenarnya Jason Jonathan Lo berkata mahkamah menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini.
"Pendengaran permohonan itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin. Perayu (pendakwaan) dan responden (Jason) diminta memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada 24 Mac dan 3 April 2023," katanya ketika dihubungi pemberita.
Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan dan seorang lagi peguam yang mewakili Jason iaitu Effa Azuin Aidrul Hisham.
Pada 24 Jun lepas, Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membebaskan Jason Lo yang juga ahli perniagaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Jason Lo, 47, didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, di tandas pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers , Brickfields pada 5.15 petang, 15 Nov 2019.
Pendakwaan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022

Pada 24 Jun, Mahkamah Majistret membebaskan Jason Lo yang juga ahli perniagaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Penyanyi Jason Lo kekal bebas tuduhan dadah
Penyanyi Jason Lo kekal bebas atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya.

Rayuan terhadap pembebasan penyanyi Jason Lo didengar April 2023
Pendakwaan merayu mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya.

Jason Lo nafi ditahan kerana dadah di Dubai
Jason Lo megesahkan beliau sebelum ini telah ditahan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Paperplane Pursuit tercalon empat kategori Anugerah MET10
Paperplane Pursuit dicalonkan dalam empat kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan, termasuk kategori Kumpulan Inggeris Tempatan Terbaik.

Tune Talk, Afdlin Shauki lancar sim kad "Bebaskan Palestin"
Dalam usaha menambah dana kepada Gaza, Afdlin Shauki bersama syarikat komunikasi Tune Talk melancarkan sim kad "Bebaskan Palestin".
Tune Talk tawar 16 model telefon pintar
Tune Talk Sdn Bhd, menawarkan 16 model telefon pintar beharga daripada RM400 hingga RM2,000 menerusi program rebat.