Kumpulan Inggeris tempatan, Paperplane Pursuit memonopoli pencalonan anugerah berprestij Malaysia English Top 10 (MET10).
Paperplane Pursuit dicalonkan dalam empat kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan, termasuk kategori Kumpulan Inggeris Tempatan Terbaik.
Selain popular di tanah air, lagu mereka 'Feel Good' turut berjaya tersenarai di dalam Carta Billboard Top 40 di Amerika Syarikat.
Menurut vokalis Paperplane Pursuit, John Oommen, pencalonan ini dilihat sebagai satu hadiah buat kerja keras mereka selama ini, walaupun anugerah bukanlah tujuan pertama mereka menyertai industri muzik.
"Memang teruja tetapi anugerah bukan sebab mengapa kami berkecimpung dalam industri ini. Kami menghasilkan muzik adalah kerana itu impian kami. Pencalonan ini adalah bonus buat usaha kami ini," kata John ketika ditemui selepas majlis sidang media Anugerah MET10 di Petaling Jaya pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah berkata anugerah ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pemuzik Inggeris tempatan yang dilihat tidak sehebat anugerah yang diadakan bagi lagu-lagu Melayu.
"Industri muzik Inggeris tempatan melalui stigma lama iaitu tidak banyak acara yang diadakan bagi menghargai mereka.
"Kita akan memperkenalkan semula anugerah ini dan ini kali ke empat ia diadakan," katanya kepada Astro AWANI.
Anugerah MET10 turut mendapat kerjasama Tune Talk dan Raku ini akan berlangsung 16 Januari depan dan akan ke udara secara langsung menerusi radio Hits FM.
Jake turut akan menjadi pengacara bagi acara berprestij ini bergandingan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo.
Tujuh kategori dipertandingkan dan calon yang tersenarai dipilih berdasarkan pilihan pendengar sepanjang tahun 2015.
Antara nama besar yang turut tercalon adalah Elizabeth Tan, Resh, Dasha Logan, Jin Hackman dan ramai lagi.
Untuk mengundi dan melihat senarai pencalonan, peminat boleh berbuat demikian di portal rasmi mereka MET10Awards.com.
Azyyati Ahmad
Thu Dec 17 2015

Selain popular di tanah air, lagu kumpulan Paperplane Pursuit 'Feel Good' turut berjaya tersenarai di dalam Carta Billboard Top 40 di Amerika Syarikat. - Foto sumber Facebook
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Paperplane Pursuit tercalon empat kategori Anugerah MET10
Paperplane Pursuit dicalonkan dalam empat kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan, termasuk kategori Kumpulan Inggeris Tempatan Terbaik.