KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti tambahan berhubung dana RM42 juta mulik SRC International Sdn Bhd boleh menghakis integriti badan kehakiman.
Jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, badan kehakiman sepatutnya menjadi tunjang kepercayaan mutlak rakyat terhadap benteng utama kedaulatan undang-undang.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Zahid turut menyatakan UMNO berdukacita dengan keputusan itu.
Ia turut memandang berat pendedahan terhadap Hakim, Datuk Mohd Nazlan berhubung tuduhan penglibatan beliau dalam penubuhan SRC International, sedangkan beliau adalah hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Najib.
Dakwa Zahid, kedudukan Datuk Mohd Nazlan sebagai peguam dan setiausaha Maybank pada tahun 2006 memberikan akses besar kepada beliau dalam isu pentadbiran bank berkenaan.
Ia termasuklah bagaimana wang RM42 juta, iaitu sebahagian daripada RM140 juta yang dipinjamkan oleh Maybank kepada Putra Perdana Development, boleh dipindahkan ke akaun Najib, yang akhirnya menjadi punca dakwaan ke atas beliau.
Jelasnya, menjadi satu amalan etika am kehakiman di seluruh dunia bahawa mana-mana Hakim yang sedang mendengar sesuatu kes, jika mendapati ia sedang berada di dalam keadaan konflik kepentingan dengan kedudukannya samada semasa atau sebelum menjadi seorang hakim, perlu mengecualikan dirinya dalam mendengar apatah lagi memutuskan kes tersebut.
Lebih parah lagi katanya, jika ada sebarang cubaan untuk menyembunyikan fakta penglibatan yang terkait dengan konflik berkepentingan sejak dari awal proses penghakiman dijalankan.
Katanya, keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, namun mesti dilihat telah dilaksanakan.
Pada Selasa, Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti baharu, berkaitan rayuan berhubung SRC International Sdn Bhd.
BACA: Isu SRC: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib Razak untuk masukkan bukti baharu
BACA: "UMNO, BN setia bersama Najib di waktu susah dan senang" - Ahmad Zahid
Hafizi Rosli
Wed Aug 17 2022
![Rayuan SRC: Tolak permohonan Najib, integriti badan kehakiman boleh terhakis - Zahid Rayuan SRC: Tolak permohonan Najib, integriti badan kehakiman boleh terhakis - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656769886_DatukSeriDrAhmad.jpg)
Jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, badan kehakiman sepatutnya menjadi tunjang kepercayaan mutlak rakyat terhadap benteng utama kedaulatan undang-undang - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639648016_IsmeeIsmail.jpg)
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
![Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC - Saksi
Suboh berkata bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.
![Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
![Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269168_Najib.jpg)
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
![Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717679544_TanSriIsmeeIsmail.jpg)
Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak boleh membantah arahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649330075_TanSriIsmeeIsmail.jpg)
Saya bukan boneka Najib, kata bekas Pengarah SRC International
Bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau adalah 'boneka' Najib dalam melaksanakan strategi pelaburan syarikat itu.
![SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714266965_najib.jpg)
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
![Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690366234_NajibTunRazak.jpg)
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
![Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599046276_MDatukShahrol.jpg)
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.