PUTRAJAYA: Panel lima hakim hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menggugurkan diri dari perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Ketika menyampaikan keputusan panel, Tengku Maimun berkata, tiada hubung kait antara catatan Facebook suaminya, Zamani Ibrahim pada 2018 dengan rayuan akhir Najib.

Tegasnya lagi, catatan itu telah dibuat sebelum perbicaraan melibatkan Najib di peringkat Mahkamah Tinggi bermula lagi.

Susulan keputusan itu, Tengku Maimun berkata, mahkamah akan mula memberi keputusan tentang rayuan utama, namun, Najib bangun memohon kebenaran untuk menyampaikan ucapan lisan beliau yang terakhir.

BERITA MENYUSUL LAGI