SHAH ALAM: Rayuan pengampunan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak dibincangkan pada persidangan ke-59 Lembaga Pengampunan kerana ia perlu mengikut giliran.
Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ini kerana masih terdapat banyak lagi permohonan pengampunan lain yang perlu dibincangkan oleh lembaga tersebut.
“Kenyataan Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkaitan dokumen Najib masih belum boleh proses sebab banyak lagi pengampunan-pengampunan lain menanti giliran.
“Persidangan pengampunan ini ada giliran dan mesyuarat adalah berkala. Ini (mesyuarat) tiga kali setahun kadang-kadang empat kali setahun. Perlu tunggu giliran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sinar Live yang bertajuk Pengampunan Kompromi Keadilan? yang dihoskan oleh Haizir Othman pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan rayuan pengampunan Najib tidak dibincangkan pada persidangan ke-59 Lembaga Pembangunan lalu di Istana Negara Jumaat lepas.
Khairul Dzaimee berkata, kertas berkaitan rayuan pengampunan Najib akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.
Menurut Mohamed Haniff, sekiranya permohonan pertama yang dilakukan Najib pada 2 September lalu ditolak ataupun tidak dilayan, beliau masih boleh membuat permohonan semula untuk kali kedua.
Jelasnya, permohonan kedua boleh dilakukan setelah beliau tamat tempoh tiga tahun menjalani hukuman iaitu pada 23 Mei 2025.
“Permohonan ketiga pula tempoh dua tahun. Dan selanjutkan selang dua tahun. Itu untuk pemohon bantuan.
“Tetapi untuk pemberi pengampunan iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak ada tempoh atau sekatan ditetapkan sebab ini kuasa mutlak Baginda. Undang-undang mengatakan tidak boleh meletakkan tempoh kepada Baginda,” ujarnya.
Tambah beliau, permohonan pengampunan memerlukan masa yang panjang untuk diteliti. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023

Menurut Mohamed Haniff, sekiranya permohonan pertama yang dilakukan Najib pada 2 September lalu ditolak ataupun tidak dilayan, beliau masih boleh membuat permohonan semula untuk kali kedua. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

'Rayuan pengampunan Najib tak dibincang sebab perlu ikut giliran'
Ini kerana masih terdapat banyak lagi permohonan pengampunan lain yang perlu dibincangkan oleh lembaga tersebut.

Rayuan pengampunan Najib: 'Biar Lembaga Pengampunan tentukan' - Penganalisis politik
Pemimpin itu dan UMNO perlu diberi peluang untuk membuat rayuan pengampunan kerana setiap individu bersalah berhak berbuat demikian.