PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan.
Keputusan itu dijadualkan disampaikan di mahkamah terbuka pada 2 petang oleh panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.
Pada hari yang sama, mahkamah juga akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan ketiga-tiga mereka untuk mencabar beberapa penemuan fakta oleh Mahkamah Tinggi, termasuk penemuan bahawa kebakaran yang berlaku di bilik Nazri "dilakukan dengan sengaja".
Sekiranya keputusan memihak kepada pendakwaan, kes itu akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan Samirah serta dua remaja terbabit perlu membela diri.
Jika tidak, pembebasan terhadap ketiga-tiga mereka akan kekal.
Pada 23 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah dan dua remaja itu, melengkapkan hujahannya pada 23 Okt, manakala pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim selesai hujahan pada 17 Okt.
Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 49, yang juga balu Nazrin serta dua remaja yang kini berusia 21 dan 18 tahun, daripada pertuduhan membunuh Nazrin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka pada akhir kes.
Ketiga-tiga mereka dan seorang wanita Indonesia Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, 45, di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 12 Jun 2018 hingga 4 pagi keesokannya.
Pada 30 Jun 2022, Samirah dan dua remaja berkenaan memfailkan rayuan untuk mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah (foto) dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin Hassan. -Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.