PUTRAJAYA: Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa tidak cukup bukti untuk menyokong anak guamnya terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.
Peguam Kitson Foong, yang mewakili S. Ravi Chandaran, seorang daripada enam lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh Morais, berkata seorang rakan sejenayah yang menjadi saksi pendakwaan hanya memberi keterangan bahawa penculikan telah berlaku dan tidak menyentuh mengenai pembunuhan Morais.
Beliau berkata pertuduhan terhadap anak guamnya sepatutnya kerana menculik di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan dan bukannya membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Foong juga berkata 11 alasan yang digunakan oleh hakim Mahkamah Tinggi untuk mengekalkan pertuduhan bunuh tidak menyokong kesalahan membunuh tetapi menyokong bahawa penculikan telah berlaku.
Pihak pendakwaan cuba mendapatkan keterangan saksi ke-54 (G. Gunasekaran) berhubung pembunuhan itu tetapi dia tidak pernah berkata demikian.
Gunasekaran pada mulanya didakwa bersama enam lelaki itu kerana membunuh Morais tetapi pertuduhan itu kemudian ditarik balik selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melupuskan mayat si mati. Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun mulai 15 Sept 2015, tarikh dia ditangkap. Dia kemudian dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
Foong juga berhujah bahawa keterangan Gunasekaran sepatutnya disokong berdasarkan penyertaan aktifnya dalam melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi juga telah mendapati Gunasekaran sebagai rakan sejenayah dalam kononnya pembunuhan itu.
Beliau berhujah peranan aktif Gunasekaran sebagai rakan sejenayah akan meningkatkan kemungkinan dia mereka-reka atau menambah keterangannya yang memihak kepada pendakwaan untuk memelihara diri.
"Hakim Mahkamah Tinggi tersilap dari segi undang-undang dan sebenarnya dalam memutuskan bahawa terdapat niat bersama kesemua enam tertuduh untuk membunuh Morais," kata Foong di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin dalam prosiding rayuan keenam-enam lelaki itu terhadap sabitan dan hukuman mati atas pembunuhan tersebut.
Bekas doktor tentera Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 60, Ravi Chandaran, bekas pemberi pinjaman wang, 52, dan empat lagi individu iaitu penganggur R. Dinishwaran, 31, A.K. Thinesh Kumar, 30, M. Vishwanath, 33, dan S. Nimalan, 30, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Julai 2020 selepas mereka didapati bersalah membunuh Morais.
Kesalahan itu dilakukan di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.
Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015 setelah kali terakhir dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta di Kuala Lumpur dengan menaiki Proton Perdana. Mayatnya ditemui dalam tong minyak berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 Sept 2015.
Terdahulu, mahkamah turut mendengar hujah peguam Nimalan, Amer Hamzah Arshad, yang berkata sabitan membunuh terhadap anak guamnya oleh Mahkamah Tinggi adalah tidak selamat kerana anak guamnya hanya menunjukkan lokasi tong yang mengandungi mayat Morais dilupuskan tetapi dia tidak mengetahui kandungannya.
Beliau berkata sebaik-baiknya, pertuduhan terhadap anak guamnya adalah untuk penculikan si mati atau pelupusan bukti tetapi sudah tentu bukan untuk membunuh.
Peguam Datuk N. Sivananthan mewakili Kunaseegaran, M. Manoharan mewakili Dinishwaran, Burhanudeen Abdul Wahid peguam bagi Thinesh Kumar dan Afifuddin Ahmad Hafifi mewakili Vishwanath manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Dusuki Mokhtar, Mohd Fairuz Johari dan Mohd Fuad Abdul Aziz bagi pihak pendakwaan.
Perbicaraan bersambung 14 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Foong berkata 11 alasan yang digunakan oleh hakim Mahkamah Tinggi untuk mengekalkan pertuduhan bunuh tidak menyokong kesalahan membunuh tetapi menyokong bahawa penculikan telah berlaku. - Gambar fail/Bernama
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Rayuan pembunuhan DPP: Bukti tidak mencukupi untuk sabit pertuduhan bunuh, kata peguam
Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa tidak cukup bukti untuk menyokong anak guamnya terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.
Tiga sahabat didakwa bunuh rakan sejenayah
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S.S Darsan, 42, K. Raja Segaran, 40, dan A. Sethu, 34.
Mayat reput dalam kereta: Tiga ditahan disyaki bunuh rakan sejenayah
Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam sebuah kereta di parkir sebuah rumah pangsa di Batu Berendam, Melaka, 7 Januari lalu.
Pemimpin agung Iran gelar AS rakan sejenayah Israel aniaya penduduk Palestin
Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam "untuk menyatakan pendirian terhadap jenayah ini."