JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 7 November depan bagi keputusan sama ada bekas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi perlu membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah atau dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan itu.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan tersebut selepas selesai mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan dalam prosiding rayuan kes itu, yang berlangsung selama dua hari.
Mahkamah Sesyen pada 21 April 2019 yang melepaskan dan membebaskan Abd Latif yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau daripada 37 pertuduhan rasuah, selain kes di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta, lima tahun lalu.
Selain itu, anak lelakinya Ahmad Fauzan Hatim dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub turut dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut dalam prosiding dua tahun lalu.
BACA: Bekas Exco Johor, Latif Bandi bebas 37 pertuduhan
Prosiding rayuan berkenaan dikendalikan Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib serta dibantu Mahdi Abdul Jumaat, Muhamad Asraf Mohamed Tahir dan Sender Lim Wai Keong.
Abdul Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffudin diwakili peguam Datuk Hasnal Redzuan Merican dan Datuk Sallehudin Saidin.
Pada 14 Jun 2017, Abdul Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffudin masing-masing menghadapi empat pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram, di bawah AMLA 2001.
Sebelum itu, Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin masing-masing turut menghadapi 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Mon Sep 20 2021
Datuk Abdul Latif Bandi (tengah) bersama Ahmad Fauzan Hatim Abd Latif (dua, kanan) dan Amir Sharifuddin Abd Raub (dua, kiri) berpelukan sebaik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada April 2019. - Gambar fail
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
Kes rasuah bekas Exco Johor: SPRM akan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi
Rayuan akan dibuat hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.