KUALA LUMPUR: Rayuan pelakon, Amelia Henderson, yang diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd., membabitkan kes saman pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, 24 Okt ini.
Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman, yang mewakili Amelia, 28, atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong.
"Pendengaran itu akan berlangsung melalui sidang video, pada 9 pagi," kata peguam itu ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Rozana Husin, hari ini.
Peguam Ashmadi Othman, yang mewakili A. Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, mengesahkan tarikh pendengaran itu.
Pada 7 April lepas, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi kepada A. Aida menerusi syarikatnya, A. Aida Production Sdn Bhd selepas membenarkan tuntutan saman syarikat itu terhadap pelakon itu kerana melanggar kontrak penggambaran drama berjudul `Sekali Lagi Cinta Kembali'.
Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A. Aida selaku plaintif.
Hakim itu turut membenarkan permohonan A. Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagramnya @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April lalu.
Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama berkenaan apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama tersebut.
Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia telah menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama tersebut.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Peguam Ashmadi Othman, yang mewakili A. Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, mengesahkan tarikh pendengaran itu. - Gambar fail/Sinar Harian
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

PN tuntut penjelasan King Sing isu penamatan kontrak KP Pelancongan
PN menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Tiong King Sing susulan penamatan kontrak Datuk Dr Ammar Abd Ghapar tanpa alasan kukuh.

Kenyataan fitnah, jejas reputasi Suria FM akan diambil tindakan
Ia susulan kontroversi penamatan kontrak penyampai radio segmen petang Suria FM, Tyzo Xander.

Rayuan Amelia Henderson terhadap A. Aida didengar 24 Oktober ini
Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman, yang mewakili Amelia, 28, atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong.

Kelantan FC buat penjelasan isu tuntutan RM50,000
Kelantan FC tampil memberikan penjelasan berkaitan tuntutan RM50,000 yang dikenakan kepada Nurshamil Abdul Ghani.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Dua pemain import dari Brazil sah tinggalkan Perak FC
"Dalam tiga atau empat hari sebelum ini memang saya ada dengar desas-desus mereka nak keluar daripada pasukan," kata ketua jurulatih, Chong Yee Fatt.

Penamatan kontrak Zainal Abidin bukan atas faktor kewangan - Azmin
Penamatan kontrak Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih Selangor bukan atas faktor kewangan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tiada tekanan, keputusan atas permintaan saya - Abu Kassim
Beliau memilih mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya apabila ditawarkan sebagai pakar jemputan di International Anti Corruption Academy.