PUTRAJAYA: Perbicaraan kes seorang aktivis politik yang didakwa memuat naik sebuah video untuk memperlekehkan badan kehakiman kekal di Mahkamah Sesyen Sepang.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera hari ini sebulat suara,menolak rayuan Jufazli Shi Ahmad, 34, untuk memindahkan perbicaraan kesnya dari Mahkamah Sesyen Sepang ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin.
Hakim Vazeer berkata mahkamah mendapati terdapat merit dalam bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Jufazli.
"Kami bersetuju bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu dan ia bukan perintah muktamad," katanya ketika menolak rayuan Jufazli.
Jufazli, yang merupakan bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat, Sabah, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mahu kes tersebut didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana dakwaan memuat naik video tersebut berlaku di Cheras, Kuala Lumpur.
Pada 29 Julai 2021, Mahkamah Sesyen Sepang menolak permohonan memindah kesnya dan permohonan semakan juga telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Nov tahun yang sama.
Jufazli, anak jati Sabah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik video berdurasi 20 minit bertajuk "Hakim Kes IMDB diugut oleh Najib Razak dalam Mahkamah Malaysia!?!?" di Cheras, Kuala Lumpur pada 22 Jan 2021.
Video itu dilihat pada hari berikutnya di sebuah lokasi di Cyberjaya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah Sesyen membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, P. Sarulatha berhujah bahawa rayuan adalah tidak cekap kerana keputusan Mahkamah Tinggi bukanlah keputusan yang akhirnya melupuskan hak Jufazli dan keputusan itu tidak boleh dirayu.
Peguam Jufazli, M. Visvanathan, yang dibantu oleh V. Sanjay, berhujah bahawa anak guamnya, yang tinggal di Cheras akan menanggung kos dan masa tambahan jika perbicaraan itu diadakan di Mahkamah Sesyen di Sepang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Hakim Vazeer berkata mahkamah mendapati terdapat merit dalam bantahan awal pihak pendakwaan terhadap rayuan Jufazli. - Gambar hiasan

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
SPRM telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Aktivis politik Thailand meninggal dunia dalam tahanan
Netiporn 'Bung' Sanesangkhorn meninggal dunia selepas jantungnya "berhenti berfungsi secara tiba-tiba" pada Selasa pagi.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga Datuk Mohammad Rafi
Beliau sempat menziarahi Mohammad Rafi di hospital sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.40 petang.

Rayuan aktivis politik pindah kes ke Mahkamah Sesyen KL ditolak
Perbicaraan kes seorang aktivis politik yang didakwa memuat naik sebuah video untuk memperlekehkan badan kehakiman kekal di Mahkamah Sesyen Sepang.

Selangor tarik balik tauliah mengajar agama aktivis politik
Bagaimanapun, ahli Exco yang memegang portfolio agama masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal politik.