GUA MUSANG: Kenderaan perantau yang pulang untuk bercuti ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mula membanjiri laluan masuk ke Kelantan melalui daerah ini seawal jam 7 pagi Rabu.
Menerusi tinjauan di laluan alternatif jalan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati, jumlah kenderaan bertambah dan aliran trafik mula perlahan tetapi pada masa yang sama bergerak dengan lancar serta masih terkawal.
Pengguna jalan raya, Atiqah Kamalia Yahya, 30, berkata beliau bertolak dari Shah Alam, Selangor, pada jam 11 malam Selasa dan tiba di sini dalam tempoh lima jam.
"Pada mulanya saya risau terperangkap dalam kesesakan terutama di Gua Musang setelah melihat rakan-rakan memuat turun mengena situasi trafik apabila jalan utama dilencongkan kepada jalan lama sebagai laluan alternatif di laman Facebook
"Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana tidak terperangkap dalam kesesakan, biarpun pergerakan didapati menjadi agak perlahan mungkin kerana perantau tidak biasa melalui laluan lencongan yang baharu," katanya kepada Bernama, di sini, pada Rabu.
Walau bagaimanapun pekerja swasta, Rozaihad Rosli, 35, berkata beliau terperangkap dalam kesesakan bermula dari Merapoh, Pahang berlarutan sehingga ke jalan alternatif Gua Musang.
"Aliran trafik sesak dengan teruk bermula di Merapoh- Gua Musang, namun kenderaan mula bergerak lancar selepas melalui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang apabila laluan satu lorong menjadi dua lorong," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, berkata hasil pemantauan yang dijalankan bahagian trafik IPD mendapati bilangan kenderaan dari arah Kuala Lumpur menghala masuk ke Kelantan mengalami pertambahan dan dijangka lebih banyak kenderaan pada petang Rabu atau Khamis.
"Kami menasihatkan pengguna jalan raya supaya bersabar dalam menghadapi situasi kesesakan lalu lintas di daerah Gua Musang serta perlu berhati-hati, selain memastikan kenderaan masing-masing diselenggara sebelum bergerak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Tinjauan di laluan alternatif jalan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati, jumlah kenderaan bertambah dan aliran trafik mula perlahan tetapi pada masa yang sama bergerak dengan lancar serta masih terkawal. - Gambar Bernama
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.