Sebahagian besar penduduk Orang Asli dari Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5 yang 'menyelamatkan diri' ke dalam hutan ekoran wabak COVID-19 sejak Mac lalu sudah kembali ke kampung masing-masing untuk menerima bantuan dan menyambut Aidilfitri.
Penduduk suku Batek di dua kampung berkenaan meninggalkan kampung masing-masing dan berpindah ke dalam hutan berdekatan kerana masih trauma dengan kematian 'misteri' 15 penduduk kampung itu pada Jun tahun lalu.
Penduduk kedua-dua kampung itu berbuat demikian pada Mac lalu kerana khuatir tragedi sama berulang, namun kali ini disebabkan COVID-19.
Mereka bukan sahaja berpindah ke dalam hutan malah menutup laluan ke kampung itu bagi mengelak kedatangan pihak luar yang dianggap boleh menyebarkan penyakit tersebut.
BACA: 15 jenazah Orang Asli Kuala Koh dikebumi hari ini
BACA: Operasi mengesan mayat Orang Asli di Kuala Koh
Namun menjelang Aidilfitri, sebahagian besar daripada 600 penduduk itu telah pulang ke kampung itu bagi menerima bantuan makanan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan juga badan bukan kerajaan yang lain.
Tok Batin Kampung Kuala Koh, Muhammad Pokok, 40, berkata kini hanya kira-kira 20 orang daripada 233 penduduk kampung itu yang masih berada di hutan berhampiran dan akan pulang pada bila-bila masa sahaja bagi menyambut hari raya.
"Memang pada awal dulu mereka pindah ke hutan tidak jauh, berhampiran sungai untuk mengelak penyakit ini (COVID-19) tapi sekarang sudah rasa keadaan semakin baik dan sebab itu mereka balik semula ke kampung.
"Sekarang ini kami banyak terima sumbangan makanan dan laluan masuk ke kampung pun kami sudah buka untuk orang luar datang ke sini," katanya kepada pemberita di perkampungan itu di sini, baru-baru ini.
Muhammad berkata penduduk kampung berkenaan masih lagi trauma dengan kejadian kematian misteri pada tahun lepas dan disebabkan itu apabila mendengar penyakit COVID-19 boleh menyebabkan kematian, mereka beramai-ramai masuk ke hutan buat sementara waktu.
"Alhamdulillah sekarang kami dengar keadaan sudah semakin baik dan sebab itu kami balik semula dan kebetulan hari raya sudah dekat dan bantuan pun banyak dapat," katanya.
Penghulu Orang Asli Kampung Aring 5, Raina Anjang, 49, berkata kini hampir 400 penduduk perkampungan itu juga sudah pulang ke rumah masing-masing sejak pertengahan April lepas dan kembali membuka laluan masuk ke kampung mereka.
Katanya sejak berpindah ke hutan buat sementara, keadaan penduduk kampung adalah baik dan mempunyai makanan yang cukup sepanjang tempoh itu.
"Dulu kami tutup jalan sekejap melainkan kemasukan agensi kerajaan seperti Jakoa dan MAIK atau yang lain bagi urusan tertentu tetapi bukan kepada penduduk luar yang sengaja mahu masuk," katanya.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Amran Arifin berkata tindakan masyarakat berpindah sementara ke hutan berhampiran adalah tindak balas semula jadi untuk mengelak daripada jangkitan penyakit itu.
Katanya beliau sentiasa bertanya keadaan penduduk melalui penghulu dan tok batin di situ dan dilaporkan keadaan mereka adalah baik.
Beliau berkata bekalan makanan yang diterima penduduk itu jauh mencukupi untuk beberapa bulan termasuk bekalan untuk Aidilfitri ini.
"Alhamdulillah kebajikan mereka tetap terjaga oleh kerajaan dan kita berharap wabak ini tidak akan menjangkiti mereka dan (mereka tidak) terus berada dalam keadaan trauma lagi," katanya.
BACA: Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik
- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020

Kampung Kuala Koh sunyi selama beberapa minggu apabila penduduknya berpindah sementara ke dalam hutan bagi mengelak diri daripada dijangkiti COVID-19. Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.

Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.

Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.

Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.

PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).

KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.

Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.