WALAU hanya bermula pada Januari lalu, #RasuahBusters kini menjadi gelombang gerakan moral yang didukung jutaan anggota dari lebih 200 organisasi di seluruh pelosok negara.
‘Coalition of the Willing’ telah mengadakan pertemuan secara berkala untuk membincang dan merumuskan pelbagai strategi dalam memperkemaskan usaha pembanterasan rasuah, disamping menjalankan usaha meningkatkan kesedaran tentang struktur pemerintahan melalui tadbir urus (good governance) dan nilai integriti rakyat Malaysia.
Gabungan ini bersatu di bawah kesepakatan membawa panji-panji Malaysia Tanpa Rasuah demi menyelamatkan Negara dari pandemik moral dan keruntuhan akhlak akibat budaya rasuah yang berupaya melumpuhkan negara dan perlu ditangani dengan segera.
Ketua Pasukan Teras #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pemulihan gejala rasuah perlu dijalankan secara holistik dengan mengambil kira pandangan setiap rakan gabungan yang cukup berkepakaran dalam segmen kumpulan sasar masing-masing.
“Saya berasa bersemangat dan begitu terdorong dengan sokongan besar-besaran daripada setiap spektrum masyarakat, termasuk kalangan anak muda yang begitu komited untuk menerapkan integriti ke dalam sistem kepercayaan mereka. Walaupun perjalanan #RasuahBusters baharu saja bermula, saya berdoa agar sebarang perilaku rasuah tidak boleh lagi disembunyikan oleh sesiapa pun.
"Bertindak sebagai serampang dua mata, Datuk Hussamuddin turut menjelaskan,selain rakan gabungan meneruskan misi masing-masing, Malaysia Tanpa Rasuah akan menjadi laungan bersama dalam mencetuskan transformasi moral dan nilai untuk menjadikan rasuah sebagai musuh bersama untuk diperangi.
#RasuahBusters, bersama dengan rakan kongsi, mengambil langkah proaktif untuk berjaya dalam strategi terasnya dengan mengaktifkan kempen-kempen berikut:
1. #RakyatBenciRasuah
2. #BeliaBenciRasuah
3. #PendakwahBenciRasuah
4. #KerajaanTanpaRasuah
5. #BisnesTanpaRasuah
6. #PilihanrayaTanpaRasuah
#RasuahBusters dan gabungannya menganjurkan pelbagai program demi mencapai objektifnya dan mengajak pihak-pihak yang berminat untuk tampil dan bekerjasama menjadikan ini sebagai sebuah pencapaian oleh rakyat demi rakyat.
Kenyataan Media
Wed Jul 21 2021
Gabungan ini bersatu di bawah kesepakatan membawa panji-panji Malaysia Tanpa Rasuah demi menyelamatkan Negara dari pandemik moral dan keruntuhan akhlak akibat budaya rasuah.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.
'Apa yang kamu buat, jumlah rasuah makin tinggi' - Hakim
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.
Gagasan #MalaysiaTanpaRasuah melalui kuasa Undi18
Rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia.
PRN Johor: Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
Ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri.
"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.
Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.
400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah
Gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara.
Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.
Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggung jawab atas setiap salah laku mereka.
Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.