Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun di sini.
Pengarah berusia 59 tahun dan kedua-dua kontraktor itu, masing-masing berumur lingkungan 40-an, diperintah supaya ditahan reman selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Haizah Tamin membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga mereka selama tujuh hari.
SPRM membekukan 12 bank akaun pengarah itu membabitkan jumlah RM899,000 iaitu sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang dipercayai diraih menerusi rasuah.
Pengarah itu ditahan pada Isnin kira-kira 11.50 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala dua kontraktor itu ditahan pada 6.30 petang di pejabat SPRM Labuan.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 22 2016
Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun. - Foto Bernama
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
SPRM tahan semula pegawai kanan agensi Kerajaan Persekutuan Labuan
Pegawai kanan agensi kerajaan persekutuan Labuan yang dibebaskan daripada siasatan projek medan selera bernilai RM12 juta pada Isnin, ditahan semula.
Rasuah: SPRM ambil keterangan Pengarah Agensi kerajaan, dua kontraktor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan seorang pengarah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan dan dua kontraktor yang ditahan semalam kerana disyaki menyalahgunakan k
Rasuah: Pengarah agensi kerajaan, dua kontraktor, direman di Labuan
Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun di sini.
Pengarah agensi Kerajaan Persekutuan di Labuan ditahan SPRM
Pengarah itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 11.50 pagi selepas datang ke pejabat berkenaan untuk memberi keterangan.