PUTRAJAYA: Amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia beri kesan pengagihan kepada golongan memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pembaziran mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan amalan itu perlu dibanteras dengan tekad politik daripada Jemaah Menteri serta dukungan penjawat awam.
"Paling ketara ialah kerana tatakelola dan penyelewengan diterima sebagai satu sistem. Beberapa skandal besar tidak mungkin berlaku hanya dengan ahli politik yang korup.
"Dia kadang-kadang bersekongkol dengan seluruh sistemnya, ilmuan dan ahli akademik diam membisu dan pentadbir yang susah terima kenyataan ini dan tidak mampu lakukan perubahan," katanya.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pimpinan penjawat awam kerana mempamerkan prestasi membanggakan dalam tempoh hampir setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Berdasarkan keupayaan dan potensi dipamerkan semua pihak, Anwar turut menzahirkan keyakinan Malaysia mampu kembali menjadi sebuah negara yang hebat di persada dunia dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
"Saya meluahkan idea, cara terbuka dari segi konsep pendekatan supaya rakan penjawat awam dapat memberi kerjasama sepenuhnya.
"Saya yakin dengan semangat baharu, beri masa dua atau tiga tahun, Malaysia dapat diangkat sebagai satu negara hebat," katanya.
Anwar turut mengulangi gesaan supaya semua pihak mempermudahkan urusan kemasukan pelaburan dari luar negara kerana ia mampu meningkatkan ekonomi negara ini.
"Kaedah lama tidak boleh pakai lagi, orang minta nak labur (tetapi) tunggu lapan bulan baru bagi jawapan.
"Saya kata tidak boleh, kalau kita langgar sikit-sikit peraturan selagi tiada rasuah dan tidak penyelewengan...kalau peraturan dan teknikal itu bukan jadi masalah, ia menjadi masalah kalau mencuri wang negara," katanya.
Mengenai gagasan Malaysia MADANI diperkenalkannya, Anwar berkata gagasan dipacu Kerajaan Perpaduan itu merangkul semua aspek termasuk keyakinan dan nilai yang sesuai dengan negara ini.
"Kenapa lakukan anjakan (gagasan MADANI) ini kerana kita fikir kerana negara ada jati diri dan identiti yang harus diterapkan berdasarkan keyakinan dan nilai.
"(Dasar Barat) ada kekuatan dan beri manfaat tetapi kelemahan dari aspek nilai akhlak dan agama tidak disinggung. Dalam rangka MADANI, teras semuanya tidak lari dari keyakinan dan nilai," katanya menambah, gagasan Malaysia MADANI perlu diamalkan kerana ia hanya menjadi slogan biasa jika tidak dihayati dan dilaksanakan.
Konsep Malaysia MADANI diperkenalkan Anwar secara rasmi pada 19 Jan lepas, diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.