Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menerima RM4,400 daripada seorang pengusaha kantin, tiga tahun lepas.
Suapan itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Subramaniam, 56, selepas berpuas hati pembelaan gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Seramai 12 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Asmadi menjatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas tertuduh didapati bersalah menerima cek bernilai RM1,500 di kantin sekolah itu, antara 11 pagi dan 2 petang, pada 30 Jan 2014.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas Subramaniam selepas dia didapati bersalah menerima wang tunai RM2,900 di bilik makan guru kantin sekolah itu, pada 3.15 petang, 8 Okt 2014.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Subramaniam, yang kini berkhidmat sebagai guru besar di sekolah lain, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Asmadi memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan berkuat kuasa hari ini.
Beliau, bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam M. Athimulan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan sehingga proses rayuan selesai.
Terdahulu, Athimulan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah berkhidmat dalam profesion perguruan kira-kira 30 tahun.
"Wang itu adalah untuk kegunaan meningkatkan tahap pendidikan murid-murid di sekolah. Pohon satu hukuman yang sewajarnya memandangkan anak guam saya juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mempunyai tiga anak yang masih belajar," katanya.
Pegawai Pendakwa dari SPRM, Mahamad Sukri Abu Seman, yang mengedalikan pendakwaan, bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh jelas telah menyalah guna jawatan dan kedudukannya dalam kes itu.
Katanya, hukuman yang dijatuhkan perlu memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain yang bercadang untuk melakukan perbuatan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017

Guru Besar SJKT Rawang, M. Subramaniam, dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis
Enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok kerana dipercayai memiliki dadah pada Jumaat lepas, dijangka didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan.

Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, sebentar tadi.

Rasuah: Guru besar dipenjara lapan bulan
Suapan itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang.