Rasuah dalam perkhidmatan awam turun ke paras 'amat rendah' sejak kerajaan baharu memimpin negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Pada masa ini, ia (rasuah) amat, amat rendah. Kita sebenarnya tidak menerima laporan mengenai rasuah sejak kerajaan baharu mengambil alih. Sebagaimana yang diketahui, dalam kerajaan terdahulu, ramai bercakap mengenai rasuah dalam kerajaan.
"Dari satu sudut, kita telah berjaya mengurangkan kes rasuah. Namun, mungkin masih terdapat rasuah dan mungkin tidak dapat dikesan oleh kita," kata beliau semasa menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana masalah rasuah dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.
Pemberita menemui Dr Mahathir selepas beliau melancarkan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ditanya sama ada terdapat perangkaan terkini mengenai rasuah, beliau berkata: "Tiada".
Semasa ditanya mengenai sama ada Malaysia bersedia untuk pilihan raya majlis tempatan, Dr Mahathir berkata ia tidak mungkin berlaku dan menambah bahawa pilihan raya itu akan mewujudkan konflik perkauman dan perpecahan di bandar dan luar bandar.
"Tiada pilihan raya majlis tempatan. Pilihan raya majlis tempatan boleh memberikan hasil yang salah. Bandar mungkin berbeza, luar bandar mungkin berbeza. Konflik boleh berlaku dan mungkin perbezaan perkauman," katanya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata pada Julai lepas bahawa kementerian berhasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa tiga tahun dan pilihan raya itu hanya dapat dilakukan setelah "keadaan kewangan dan ekonomi negara stabil".
Menjawab soalan jika Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menerima keputusan kerajaan bahawa Pulau Kukup harus dikekalkan sebagai taman negara, Dr Mahathir berkata: "Itu pendirian kerajaan persekutuan. Saya harap Johor akan terima. Kita tidak menyentuh mengenai Sultan.
"Apa yang kita katakan ialah Pulau Kukup tidak perlu dibangunkan, ia harus kekal sebagai hutan simpan terutamanya sebagai hutan bakau. Kita tidak mahu hutan bakau ditebang untuk membangunkan pulau itu."
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata tanah itu mungkin milik Sultan atau Sultanah tetapi ia tidak boleh dibangunkan.
Mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kerajaan persekutuan tidak boleh terlibat dalam perkara tanah negeri, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia dan kerajaan Persekutuan bukan orang luar.
"Sebaliknya, kami (kerajaan persekutuan) bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku di negara ini," katanya.
Mengenai catatan Instagram cucunya, Melia Serena Mukhriz, yang merujuk peserta perhimpunan menolak ratifikasi ICERD sebagai 'menjijikkan', Dr Mahathir menjawab beliau bebas untuk memberi komen, dan berkata: "Anda boleh bertanya kepadanya."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 10 2018
![Rasuah dalam perkhidmatan awam kini 'amat rendah' - Dr Mahathir Rasuah dalam perkhidmatan awam kini 'amat rendah' - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544595282_TUNM.jpg)
Dr Mahathir merasmikan I-Tegur sambil disaksikan Zuraida dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Pemerkasaan PBT bertemakan 'Bandar Kita Milik Kita' di PICC, 10 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![NRES kaji kaedah terbaik pulihara hutan terputus daripada hidupan liar NRES kaji kaedah terbaik pulihara hutan terputus daripada hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723843276_TBNikNazmi.jpg)
NRES kaji kaedah terbaik pulihara hutan terputus daripada hidupan liar
Nik Nazmi berkata habitat yang terjejas merupakan isu utama dalam konflik manusia-hidupan liar.
![NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719891424_hutanhujan.jpg)
NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon
Nik Nazmi berkata, ini termasuk inisiatif dan dasar pasaran karbon yang dilaksanakan kerajaan negeri.
![Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711142890_Kebakaran.jpg)
Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar
Kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar.
![Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710988195_TBHutanhujanjpg.jpg)
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
![Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710364878_sabahkebakarante.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah
Ia bagi mengelak berlaku bencana alam yang lebih buruk.
![SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666064269_DatukDrAnnuarRapa.jpg)
SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis
Dr Annuar berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri Sarawak dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.
![Budak merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keletihan Budak merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keletihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668555069_JabatanPerhutananS.jpg)
Budak merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keletihan
Aliesah Aslan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat dan sedikit keletihan.
![Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679986132_HutanSimpananKekal.jpg)
Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.
![Kebakaran hutan, kediaman di Korea Selatan diburukkan lagi dengan angin kencang Kebakaran hutan, kediaman di Korea Selatan diburukkan lagi dengan angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681203214_kebakarankorea.jpg)
Kebakaran hutan, kediaman di Korea Selatan diburukkan lagi dengan angin kencang
Api merebak dengan pantas ke kawasan perumahan disebabkan angin kencang, lalu memusnahkan 103 hektar kawasan hutan, rumah dan bangunan lain.
![Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672200079_JabatanPerhutananS.jpg)
Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) meminta semua pihak agar tidak terlalu bimbang dengan angka jangkaan kehilangan hutan sepertimana yang dilaporkan oleh RimbaWatch baru-baru ini.