Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bas di Lembah Klang, Rapid KL mengambil inisiatif menambah 40 bas henti-henti dua tingkat yang bakal memberi imej baru kepada sistem pengangkutan awam di negara ini.
Selain mampu membawa 108 penumpang pada satu masa, bas yang berkonsepkan akses universal ini dilihat mampu menangani permintaan dan kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Bas Rapid KL, Mohd Azam Omar, buat permulaan lima bas tersedia akan beroperasi di laluan U80 iaitu laluan ulang dari Shah Alam ke Pasar Seni.
"Perjalanan penumpang kita memang terhad kepada masa-masa tertentu yang mana di waktu puncaknya, terutama waktu pagi bas kita semua penuh.
"Jadi, kadang-kala menimbulkan sedikit ketidakselesaan kepada penumpang. Untuk memperbaiki keadaan itu, kita telah tampil dengan idea supaya kita menambah operasi bas dua tingkat ini," katanya pada pemberita selepas meninjau hari pertama pengoperasian bas dua tingkat Rapid KL di ibu negara, pada Isnin.
Sebelum ini, 10 bas beroperasi di laluan U80 dan penambahan 5 bas dua tingkat ini bakal meningkatkan kekerapan akses sepanjang laluannya.
Antara laluan lain adalah U80 dan U64 Shah Alam, U30 Ampang serta U40 dan U41 Kajang.
"Kita jangka untuk menjalankan (bas dua tingkat) sekurangnya separuh sebelum akhir bulan ini dan separuh lagi sebelum akhir bulan Oktober," katanya.
Selain itu, Rapid KL juga tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan kepada penumpang bas Rapid KL atas inisiatif ini.
Bas ini menyediakan 30 tempat duduk di bawah, 53 di tingkat atas dan 25 penumpang boleh berdiri di bawah.
Dengan adanya kamera litar tertutup, pemandu bas boleh melihat apa yang berlaku di tingkat atas bas pada masa sama memberi teguran kepada mana-mana penumpang yang berdiri di tingkat atas ketika bas bergerak.
Pengenalan perkhidmatan ini juga dilihat sebagai usaha Rapid KL dalam menyahut sasaran 40 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Sep 07 2015

Buat permulaan lima bas tersedia akan beroperasi di laluan U80 iaitu laluan ulang dari Shah Alam ke Pasar Seni. - Foto Astro AWANI

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.
[TERKINI] Penuntut universiti direman enam hari tikam bekas kekasih
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti.

Google lancar SpeciesNet – Model AI untuk kenal pasti spesies haiwan liar
Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet.

Rayuan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta Syed Saddiq esok
Nasib Syed Saddiq sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atau kekal bersalah akan diputuskan esok.

Buaya sesat dalam longkang berhampiran pasar raya
Buaya itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut selepas operasi tamat.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Caj kesesakan: Kerajaan perlu teroka penyelesaian moden lebih holistik - Sivaraj
Antaranya, sistem pengurusan trafik pintar, perancangan jalan lebih efisien dan dasar yang menggalakkan kerja fleksibel boleh dipertimbang.

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.