KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan memperluaskan perkhidmatan bas berkonsep atas permintaan atau Demand- Responsive-Transit (DRT) di beberapa kawasan di Lembah Klang dalam usaha memperkasa sistem pengangkutan awam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhammad Yazurin Sallij berkata ia susulan kejayaan bukti konsep (POC) melibatkan kerjasama dengan aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing Kumpool di kawasan sekitar Alam Megah, Shah Alam atau laluan T757 bermula 13 Feb lepas.
Beliau berkata menerusi konsep itu, bas akan bergerak dan beroperasi apabila mendapat tempahan daripada pengguna di aplikasi, dan konsep itu mampu menjadikan perkhidmatan bas lebih berkesan daripada aspek kos operasi dan penggunaan secara optimum.
"Perkhidmatan di Alam Megah kini menjadi operasi tetap setelah POC dilihat berjaya, POC baharu kini dijalankan di Stesen LRT (Transit Aliran Ringan) Universiti bermula Mei lepas," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya akan melancarkan sehingga 10 laluan lagi dan sedang mengenal pasti kawasan berpotensi untuk menggunakan perkhidmatan itu yang membolehkan pengguna memesan perkhidmatan bas pengantara yang beroperasi atas permintaan dengan tambang RM1.
"Perkhidmatan van atau bas lebih kecil berkapasiti sehingga 30 orang lebih efisien dan mudah bergerak melalui kawasan sibuk dan jalan sempit seperti kawasan perumahan selain mempunyai kekerapan tinggi.
"Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan jumlah penumpang harian meningkat daripada 20 orang ketika awal operasi kepada 60 sehari, masa menunggu juga dikurangkan daripada 30 minit kepada 8.4 minit, " katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan menambah 410 bas termasuk 100 bas elektrik yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Setakat ini, hanya 30 peratus bas beroperasi disebabkan kekangan usia bas menjangkau usia 10 tahun dan pihaknya kini sedang dalam peringkat membuka tender pembelian bas baharu.
Beliau berkata 60 peratus daripada jumlah penambahan bas baharu itu adalah bas bersaiz lebih kecil dan untuk jangka panjang perkhidmatan itu juga mampu menjadi mod pengangkutan alternatif untuk kawasan pinggir bandar sebagai pengangkutan pengantara ke stesen tren yang terletak lebih jauh dari kawasan kediaman.
Muhammad Yazurin berkata pihaknya juga sedang mengatasi masalah kekurangan pemandu atau kapten bas yang dilihat sebagai antara punca utama orang ramai kurang yakin terhadap perkhidmatan bas, dan langkah pembaharuan termasuk menawarkan gaji dan insentif yang lebih tinggi.
"Bagi seluruh laluan kita memerlukan 3,190 pemandu tetapi pada masa sekarang kita hanya mempunyai 2,350 pemandu menyebabkan ada kekangan yang perlu dihadapi," katanya sambil menambah pihaknya sedang merekrut lebih ramai kapten bas.
Beliau berkata pihaknya juga berusaha untuk menambah lebih banyak lorong bas yang dapat mengurangkan masa perjalanan seperti yang sedang dilaksanakan di Jalan Ampang bermula 3 Julai lepas.
Katanya antara kawasan dikenal pasti adalah Jalan Genting Klang, Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Persekutuan dan pihaknya amat berharap mendapat kerjasama pihak lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tujuan itu.
"Masalah kesesakan trafik dan kekurangan infrastruktur juga menjadi penyebab orang ramai tidak berminat menaiki bas sebagai pilihan pengangkutan, jadi kerjasama semua pihak amat diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Muhammad Yazurin berkata ia susulan kejayaan POC melibatkan kerjasama dengan aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing Kumpool di kawasan sekitar Alam Megah, Shah Alam bermula 13 Feb lepas. - Foto fail/BERNAMA

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.

Rapid Bus nafi iklan promosi perjalanan tanpa had Pas Mutiara
Katanya, iklan yang dibuat melalui sebuah akaun Facebook itu adalah tidak sah dan bukan inisiatif daripada pihak Rapid Penang.

Rapid Bus perkenal lorong bas di Jalan Klang Lama bermula 15 Ogos ini
Rapid Bus akan melancarkan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama dengan kerjasama DBKL bermula 15 Ogos ini.

Van perantara percuma sempena sidang Parlimen dari 24 Jun-18 Julai
Bersempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat, Rapid Bus akan mengoperasikan perkhidmatan van perantara percuma antara KL Sentral dan Parlimen.

35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.

Rapid Bus sedia van perantara percuma ke Parlimen bermula 26 Feb
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen.

6 penumpang lalui detik cemas, bas Rapid KL dinaiki terbakar
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.

Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.

Operasi BRT laluan Sunway berubah sempena BRT Run 2023
Perkhidmatan Transit Aliran Bas (BRT) bagi Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada 25 Nov ini bermula 6 petang sehingga tamat waktu operasi dengan kekerapan setiap 45 minit.

Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen mulai esok
Perkhidmatan van perantara percuma (T851) dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan mulai esok hingga 14 Dis ini bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta ketika persidangan berlangsung.

Bas bawa lapan penumpang musnah terbakar
Lapan penumpang cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang di sini pada Ahad.