DSP terlibat penggubahan wang haram RM2.08 juta
Pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden di Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas tujuh pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan hampir RM2.08 juta.
Dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, Mohd Ismail Syed Merah, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah
Selamatkah nitrogen dalam makanan?
Pengguna membangkitkan persoalan sama ada kandungan nitrogen dalam makanan benar-benar berupaya mendatangkan bahaya kepada manusia susulan beberapa aduan kecederaan akibat daripada 'biskut berasap' di Kedah.
Pakar Pemakanan dan Dietitik UiTM, Dr Norazmir Md Nor ketika ditemubual Awani745 menegaskan kemungkinan berlaku kesilapan terhadap pengendalian makanan tersebut menyebabkan pengguna menjadi mangsa.
Gangguan bekalan air pulih
Gangguan bekalan air di Lembah Klang yang menjejaskan hampir empat juta pengguna bermula pada Isnin dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.
Wartawan Astro Awani, Hilal Azmi meninjau kerja-kerja penyelenggaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bukit Badong melaporkan kerja-kerja penyelenggaraan yang menjadi punca gangguan bekalan air itu selesai menjelang awal pagi Selasa.
Anifah percaya janji Aung San Suu Kyi selesai isu Rohingya
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau percaya janji Aung San Suu Kyi untuk menangani punca sebenar Rohingya iaitu kewarganegaraan dan status serta menyediakan bantuan kepada penduduk yang hilang tempat tinggal sejak 2012, akan memberi kesan jangka panjang dalam meredakan ketegangan.
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas atau kumpulan tokoh terkemuka untuk menyiasat serta menentusahkan situasi di negeri Rakhine, Myanmar.
Orang paling kelakar di dunia menghadap Sultan Johor
Pelawak, pelakon dan pengacara Obviously Harith Iskander (OHI), Harith Iskander, yang muncul juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World, minggu lalu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap anak jati Johor itu yang ditemani isteri, Dr Jezamine Lim di Istana Pasir Pelangi.
Astro Awani
Mon Dec 19 2016
![Rangkuman hari ini: 5 berita utama Rangkuman hari ini: 5 berita utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482157766_RangkumanBerita.jpg)
Berikut rangkuman berita petang ini. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721889769_tbharithiskanderk.jpg)
Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.
![Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720754048_drjezaminelim.jpg)
Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat
Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.
![Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720524217_HarithIskandar.jpg)
Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama
Dr Jezamine bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.
![Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686200275_FahmiFadzil.jpg)
Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi
Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
!['Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam 'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657496136_TakLawakLangsung.jpg)
'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
![Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640147201_harithiskandarsel.jpg)
Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi
Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terperangkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.
![Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589538626_Filming.jpg)
Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin
Kelulusan diberikan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi semalam.
![Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan Funniest Person In the World Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan Funniest Person In the World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551168723_HarithIskander.jpg)
Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan "Funniest Person In the World"
Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila pihak penganjur The Laugh Factory masih tidak dapat melunaskan baki wang kemenangannya berjumlah 70,000 usd (RM 280,000).
!['Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki 'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51541736057_afdlin-(2).jpg)
'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki
Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.
![Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525629606_harithiskander.jpg)
Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat
Bukan bertujuan memilih mana-mana parti politik yang bertanding, Harith sebaliknya menampilkan jenaka PRU14 dengan dua watak iaitu Apple dan Joe Black dalam satu program berkonsep 'sketch comedy'.