KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 merupakan usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan memastikan kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan sosial negara.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rangka kerja yang akan dilaksanakan secara tiga fasa itu merupakan kompas kepada pemegang taruh dalam melestarikan plastik berkonsepkan ekonomi kitaran di sepanjang rantaian nilai.
Rangka kerja itu merupakan satu daripada tindakan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2018.
"Ia juga merupakan pelengkap kepada inisiatif ekonomi kitaran sisa pepejal yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Kami optimis pelaksanaan konsep ekonomi kitaran akan mengurangkan impak pencemaran plastik terhadap alam sekitar," katanya dalam majlis pelancaran rangka kerja itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Tuan Ibrahim berkata peluasan Skim Tanggungjawab Pengeluar (EPR) merupakan elemen penting dalam rangka kerja itu yang akan mengubah ekosistem pengurusan sisa plastik tempatan.
Di bawah skim EPR, pengeluar bukan sahaja bertanggungjawab untuk merawat dan melupuskan sisa plastik yang telah dipasarkan oleh jenama masing-masing, sebaliknya perlu mengambil kira komponen reka bentuk serta penggunaan resin kitar semula.
"Skim EPR ini akan dilaksanakan secara sukarela dengan mengambil kira kesediaan industri, sebelum dijadikan mandatori bermula selewat-lewatnya tahun 2026," katanya.
Bagi merealisasikan rangka kerja itu, beliau berkata penggunaan botol plastik di majlis-majlis rasmi kerajaan telah mula dikurangkan dan digantikan dengan alternatif lain seperti botol kaca.
"Bermula seawal pembentukan kerajaan baharu, Kabinet setuju dengan cadangan ini dan kini ia diperluaskan semasa mesyuarat penting exco dan kerajaan negeri," katanya.
Pada majlis pelancaran itu Tuan Ibrahim turut melancarkan buku bertajuk 'Bersama Memakmur Bumi' terbitan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Katanya buku itu diterbitkan bagi memberi panduan kepada semua pihak berkenaan dasar-dasar utama dan inisiatif dalam pengurusan alam sekitar dan air negara yang telah digerakkan oleh KASA sejak ditubuhkan pada tahun 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021

Tuan Ibrahim (tengah) melancarkan buku Bersama Memakmur Bumi dan Rangka Kerja Pelestarian Plastik 2021-2030 Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 dilancar
Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 merupakan usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan memastikan kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan sosial negara.