KUANTAN: Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi tadi.
"Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat yang diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarkan atas nama Muhammad Iman Aqmar.
Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan yang dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga lelaki bernama Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata rangka mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.
Pada 30 Okt tahun lepas, seorang wanita Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya Muhammad Iman Aqmar, 24, yang didakwa gagal dihubungi selepas keluar rumah di Johor sekitar 1 pagi, 29 Okt 2021 untuk ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Semasa itu, Muhammad Iman Aqmar dikatakan memandu kereta Nissan Grand Livina seorang diri dan ahli keluarganya memuat naik gambar mangsa serta kereta itu di media sosial bagi meminta bantuan orang awam mencarinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Rangka ditemukan, dipercayai orang hilang sejak 10 bulan lepas
Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas.

Mayat tinggal rangka ditemui di Pantai Kemayan, Bachok
Mayat yang hanya tinggal rangka dengan memakai seluar pendek berwarna gelap ditemukan di pesisir pantai Kemayan, di sini petang tadi.

Curi kayu balak dengan kereta yang hampir tinggal rangka
Tiada siapa menyangka kereta Proton Saga itu boleh dijadikan kenderaan untuk membawa kayu balak yang dicuri dan meredah hutan simpan bagi mengelak jejak dikesan penguat kuasa.

Rangka ditemui di Kuala Krai dipercayai milik warga emas
Dalam kes ini, polis percaya rangka yang ditemui itu adalah milik warga emas yang dilaporkan hilang pada 24 Okt

Penemuan terbesar 227 rangka kanak-kanak di Peru
Sepasukan ahli arkeologi menemukan sekitar 227 kerangka kanak-kanak di Huanchaco berhampiran Trujillo, Peru untuk tujuan pemujaan.

Rangka manusia yang ditemui dalam tangki air sah milik penuntut UiTM
Keputusan berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum
Pasukan penyiasat yang dibantu oleh polis Semporna, polis marin Taman Sabah, World Wildlife Fund (WWF) dan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) telah dihantar ke pulau itu awal semalam.

Rangka manusia lengkap berbaju ditemui di Padang Rengas
Polis menemui rangka manusia disyaki seorang lelaki di bawah jambatan berhampiran Gunung Pondok, Padang Rengas di Kuala Kangsar, Perak pada pagi Rabu.

Rangka kanak-kanak Orang Asli dijumpai di tebing sungai
Rangka manusia dipercayai kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang hilang ditemui pasukan mencari dan menyelamat berhampiran tebing Sungai Perias.