Menggunakan kereta yang hampir tinggal rangka untuk membawa balak yang telah dipotong, bertujuan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, merupakan antara taktik yang digunakan pihak yang terbabit dalam kegiatan mencuri balak di Terengganu.
Pada pandangan mata kasar, kereta itu nampak tidak boleh digunakan, dengan bahagian bonet belakang kereta telah diubah suai, malah keempat-empat pintu dicabut, manakala bahagian enjin langsung tidak bertutup dan hanya kerusi pemandu sahaja yang masih kekal.
Justeru, tiada siapa yang menyangka kereta Proton Saga itu boleh dijadikan kenderaan untuk membawa kayu balak yang dicuri dan meredah hutan simpan bagi mengelak jejak dikesan penguat kuasa.
Kreativiti 'tidak bertempat' itu dikesan dilakukan oleh beberapa lelaki tempatan yang disyaki mencuri kayu balak sekitar Besut bagi membolehkan mereka membawa keluar beberapa batang kayu sepanjang lebih 3.65 meter.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Muhamad Abdullah, ketika ditemui Bernama hari ini, berkata meskipun menggunakan 'kebijaksanaan' sebegitu, penguat kuasa masih mampu menghidu kegiatan mereka menerusi rondaan dan maklumat orang ramai.
Pihaknya turut mengesan taktik licik dengan menceroboh hutan simpan lebih 15 kilometer (km) dari kawasan penempatan dan jalan raya, kononnya jejak mereka tidak akan dapat dikesan hingga ada yang sanggup mengusung kayu menggunakan motosikal dan juga kereta yang bagai sudah tinggal rangka.
"Pencuri ini ada yang proses balak dalam hutan simpan hingga jadi papan dan ada juga yang dipotong panjang dalam empat kaki (1.21 meter) untuk dibawa keluar dan dihantar ke kilang.
"Kecurian ini biasanya melibatkan kumpulan kecil dalam tiga atau empat orang dan mereka takkan selesaikan dalam masa sehari. Mereka akan masuk sehari dua, lepas itu keluar dan apabila nampak 'selamat' mereka akan datang lagi...ia tanpa melibatkan penggunaan jentera berat," katanya.
Muhamad berkata operasi mencuri balak biasanya dilakukan pada waktu tengah malam sehingga jam 6 pagi dan mereka akan mensasarkan pokok balak berkualiti seperti meranti, balau dan cengal berikutan terdapat permintaan tinggi di pasaran.
"Berdasarkan rekod memang ada berlaku peningkatan kes kecurian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin pencuri ini silap kerana ingatkan jabatan ini turut bercuti dan bekerja dari rumah... sedangkan sebenarnya penguat kuasa lagi aktif bertugas.
"Setakat ini kami telah melakukan 555 rondaan dan pemeriksaan (di seluruh negeri). Kita tahu bahawa jika rondaan tidak ditingkatkan, kejadian kecurian semakin kerap dan bermaharajalela," katanya.
Menurut Muhamad, sewaktu PKP bermula 18 Mac hingga 22 April, pihaknya berjaya mengesan 11 kes termasuk pencerobohan dan tebangan haram, memiliki kayu tanpa cukai serta membawa hasil hutan tanpa pas memindah.
Katanya, kes tersebut melibatkan dua lokasi' panas' iaitu Besut dan Dungun, malah empat lelaki berjaya ditahan dan mereka kini disiasat sebelum didakwa dengan beberapa peruntukan di bawah Akta Pertanian Negara 1984 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Suspek yang melakukan kesalahan ini biasanya berusia dalam lingkungan 20-an dan mengikut aduan yang diterima, kes sebegini dilakukan mereka yang terbabit dengan dadah, walaupun mereka hanya menerima upah yang terlalu "sedikit"," katanya yang turut berterima kasih kepada pihak polis kerana sering membantu ketika melakukan operasi.
Ketika ditanya adakah kecurian balak turut melibatkan warga asing, Muhamad berkata warga Thailand, Vietnam dan Myanmar kebiasaannya dikesan menceroboh untuk menangkap hidupan liar dan bukannya mengambil hasil hutan.
"Saya amat berharap dengan adanya peningkatan penguatkuasaan ini, kita memberi mesej bahawa Jabatan Perhutanan tidak pernah leka dan bertugas siang dan malam. Kita juga berharap masyarakat dapat menjadi 'mata dan telinga' dengan menyampaikan maklumat sekiranya berlaku aktiviti kecurian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020
Gambar yang dirakam Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Terengganu pada 2 April menunjukkan sebuah Proton Saga yang dijadikan kenderaan untuk membawa hasil curi kayu balak dan meredah hutan simpan bagi mengelak dikesan penguatkuasa. -- fotoBERNAMA
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi.
Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.
Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.
Enam lori balak diarah berpatah balik
Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak.
Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.
Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata'
Pihak berkuasa didakwa tidak mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram meskipun ia telah berlanjutan sejak bertahun lalu.
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram
Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) yang beroperasi berasaskan teknologi "remote sensing" menerusi penggunaan Teknologi Hiperspektral pertama di Malaysia.
Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak
Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya parah selepas motosikal mereka bertembung dengan lori membawa muatan balak.