Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016, yang memberi peluang kedua kepada individu yang pernah diisytiharkan bankrap, dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata ia diyakini akan dapat mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada penghutang, malah kepada pemiutang.
Beliau berkata kerajaan telah mempertimbang lapan perubahan dasar untuk meminda Akta Kebankrapan 1967, antara lain menghalang tindakan kebankrapan terhadap penjamin sosial dan menaikkan nilai minimum kebankrapan.
"Selain itu, seorang bankrap boleh dilepaskan lebih awal daripada status kebankrapan selepas tempoh tiga tahun dari tarikh penfailan penyata hal ehwal, menetapkan keutamaan penyampaian notis kebankrapan dan petisyen secara kendiri atau pos berdaftar dengan akuan penerima.
"Mewujudkan mekanisme penyelamat, memperkenalkan sistem satu perintah menggantikan perintah penerimaan dan perintah penghukuman serta mewujudkan kumpulan wang insolvensi," katanya.
Azalina berkata kerajaan turut mempertimbang memberi pelepasan daripada kebankrapan tanpa prosedur bantahan oleh pemiutang bagi golongan bankrup termasuk penjamin sosial, yang telah meninggal dunia, orang kelainan upaya yang disahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penghidap penyakit kronik yang disahkan pegawai perubatan.
Beliau berkata mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, sehingga Februari lepas, terdapat 292,086 kes kebankrapan aktif dan bankrap yang masih belum dilepaskan dengan 58.57 peratus berumur 25 sehingga 44 tahun.
"Kerajaan amat prihatin isu kebankrapan terutama mereka yang diisytihar bankrap disebabkan menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman, golongan ini tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya," katanya.
Justeru, Azalina berkata kerajaan telah merangka strategi bagi mentransformasikan kerangka perundangan lama kepada perundangan moden sejajar dengan perkembangan perundangan antarabangsa dan peredaran semasa.
Beliau berkata, perancangan strategik kerajaan akan memberi impak kepada ekonomi negara dan masyarakat selaras agenda kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-11.
Dalam merangka pindaan terhadap rang undang-undang berkenaan, beliau menarik perhatian bahawa Jabatan Insolvensi Malaysia dengan pihak berkepentingan telah mengadakan sesi perbincangan dan maklum balas diterima diteliti dan dipertimbang sebelum pembentangan dilaksana.
"Bagi menjayakan pelaksanaan rang undang-undang ini, suatu transformasi minda diperlukan dari semua pihak bagi memastikan pentadbiran kes-kes kebankrapan di Malaysia bertaraf dunia dan menjadi model terbaik antarabangsa," tambahnya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017

Kerajaan amat prihatin isu kebankrapan terutama mereka yang diisytihar bankrap disebabkan menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman. Gambar hiasan
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.
150,000 pelawat dijangka berkunjung ke jambatan angkat tahun ini
Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke jambatan angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.
Bencana banjir: mangsa di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga, pada Ahad.

150,000 pelawat dijangka berkunjung ke Jambatan Angkat tahun ini
Sejak mula beroperasi pada 2019, Jambatan Angkat yang dibina dengan kos RM249 juta telah menerima 595,579 pelawat dari dalam dan luar negara.

Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 dibentang kali kedua
Azalina berkata ia diyakini akan dapat mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada penghutang, malah kepada pemiutang.

Akta Kebankrapan 1967 antara RUU dibahas sesi Parlimen kali ini - Azalina
Pindaan Akta Kebankrapan 1967 untuk memberi nafas baharu kepada golongan bankrap dijangka menjadi tumpuan utama perbahasan sidang Parlimen kali ini.

Bajet 2017: Akta Kebankrapan 1967 dipinda mulai awal tahun depan
Kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan yang dijangka akan memberi perhatian terhadap mereka yang diisytiharkan bankrap terutamanya kerana menjadi 'penjamin sosial'.

Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967 - Azalina
Kajian terhadap akta itu telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bagi meneliti beberapa perkara yang melibatkan penjamin dan peminjam.