KUALA LUMPUR: Rang Undang Undang Kewangan (No. 2) 2023 dibaca kali kedua di Dewan Negara hari ini yang bertujuan menguatkuasakan cadangan langkah cukai diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata cadangan penguatkuasaan tersebut melibatkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai dan Cukai Minimum Global serta pelaksanaan e-Invois.
"Secara keseluruhannya, Rang Undang-Undang itu mengandungi 142 Fasal yang dibahagikan kepada 15 bab bagi meminda 14 Akta Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung," katanya.
Lim berkata pindaan itu akan melibatkan masing-masing Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53); Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169); Akta Setem 1949 (Akta 378); Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543); Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445); dan Akta Duti Hiburan 1953 (Akta 103).
Kerajaan juga mencadangkan pindaan bagi Akta Kastam 1967 (Akta 235); Akta Eksais 1976 (Akta 176); Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983 (Akta 294); Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592); Akta Cukai Pelancongan 2017 (Akta 791); Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806); Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dan Akta Levi Pelepasan 2019 (Akta 813).
Dewan Rakyat sebelum ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan 2023 bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai selain melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai pada 3 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Lim berkata cadangan penguatkuasaan tersebut melibatkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai dan Cukai Minimum Global serta pelaksanaan e-Invois. - Gambar fail/Bernama
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2023 dibaca bagi kali kedua di Dewan Negara
Rang Undang Undang Kewangan (No. 2) 2023 dibaca kali kedua di Dewan Negara hari ini.