KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata rang undang-undang itu dapat mengurangkan implikasi kewangan secara total menerusi perintah wajib hadir berbanding hukuman pemenjaraan di dalam tembok penjara.
"Jika 6,800 pesalah kita tidak tempatkan di penjara selama tiga bulan, kita sudah jimat RM30.6 juta. Bayangkan (hukuman) penjara itu sehingga tiga tahun, tetapi kita jadikan perintah hadir wajib dari tiga bulan kita tingkatkan kepada 12 bulan, berapa banyak kos penjimatan dapat dilakukan pihak kerajaan.
"Bagi pihak pesalah pula, kaedah itu juga tidak pisahkan pesalah dengan ahli keluarga masing-masing, mereka juga boleh teruskan (membantu) ekonomi keluarga tanpa menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini.
Ismail berkata rang undang-undang itu juga akan mengambil kira maklum balas mangsa serta libat urus Jabatan Peguam Negara bagi memahami keadaan tertentu yang munasabah berdasarkan tingkah laku pesalah yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tempoh tiga tahun.
Beliau berkata pindaan itu tidak terpakai kepada pesalah yang sudah mula menjalani hukuman penjara sebelum rang undang-undang tersebut diluluskan. Rang undang-undang itu kemudian diluluskan oleh Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju.
Pada 19 Julai lepas, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti.
Terdahulu, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berkata pindaan rang undang-undang itu mengambil kira kepentingan Orang Asli dengan memasukkan seksyen baharu 60 (a).
Beliau berkata seksyen itu berkaitan mengurangkan atau pengecualian pembayaran ses (cukai khas) pembangunan hutan bagi hasil yang diambil oleh Orang Asli dari hutan simpan kekal, tanah kerajaan, tanah rezab dan tanah lombong untuk kegunaan seperti disenaraikan dalam akta antaranya pembinaan pondok sementara serta bagi kegunaan domestik.
Rang undang-undang itu kemudian diluluskan dengan suara majoriti. Turut diluluskan Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said ketika menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Isu e-waste, penanaman padi perennial tumpuan hari terakhir Dewan Rakyat
Isu berkaitan lonjakan harga produk berasaskan kelapa yang boleh menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan akan dibangkitkan YB Rodziah.

Dewan Rakyat lulus RUU Perkhidmatan Parlimen
RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentang esok
Apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.