Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang telah ditambah baik, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pihaknya telah mengemukakan Laporan Jawatankuasa Khas RUU IPCMC 2019 kepada semua ahli parlimen, pada Rabu.
"Selepas ini, saya akan bawa cadangan ini kepada jemaah Menteri dan jika mereka bersetuju dengan cadangan daripada jawatankuasa khas ini, maka kita akan teruskan pembentangan RUU ini pada minggu hadapan.
"Laporan itu mengemukakan kira-kira 36 cadangan penambahbaikan daripada yang dibincangkan sebelum ini, iaitu 24. Semua cadangan ini akan diambil berat oleh pihak kerajaan dan sekiranya ada mana-mana yang sesuai, kita akan ambil kira," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Liew turut memberi jaminan, semua cadangan jawatankuasa itu akan diambil kira dan akan memilih syor yang sesuai, sebelum kerajaan membentangkan RUU berkenaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun beliau berkata, kandungan laporan dan syor yang dicadangkan jawatankuasa terbabit tidak dapat didedahkan kepada umum kerana berstatus embargo sehingga dibentangkan minggu depan.
"Ia masih embargo, jadi saya tidak dapat dedahkan sebarang maklumat setakat ini sehingga ia dibentang pada minggu depan," katanya yang turut memuji hasil cadangan yang dikemukakan jawatankuasa khas itu berdasarkan pelbagai sesi bertemu orang awam selama enam minggu sebelum ini.
Dilaporkan pada 7 Okt lepas, RUU itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan yang akan dibincangkan dengan lebih teliti sebelum dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat.
Ia dibentangkan buat pertama kali di Dewan Rakyat pada 18 Julai dan ia bertujuan bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam meningkatkan integriti dan keupayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
IPCMC akan bertindak sebagai badan bebas untuk meneliti aduan dan mengendalikan siasatan terhadap salah laku dalam kalangan anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 27 2019
Liew Vui Keong berkata pihaknya telah mengemukakan Laporan Jawatankuasa Khas RUU IPCMC 2019 kepada semua ahli parlimen. -Gambar fail
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Jika mahu bergerak bebas, SPRM perlu nampak bebas - Azam
Usaha membebaskan badan pencegah rasuah itu daripada pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan politik.
Rang Undang-Undang IPCMC dijangka dibentang minggu depan - Liew
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang telah ditambah baik, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
'Cakap tak serupa bikin' - Kod etika profesion undang-undang dilanggar?
Akan tetapi, adakah beretika bagi hakim-hakim dan pegawai-pegawai perundangan tinggi kerajaan secara terbuka bergaul dengan para peguam peribadi?
Mansuh hukuman mati untuk semua kesalahan jenayah
Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk keluarga mangsa pembunuhan.
Kerajaan akan kaji setiap kes tahanan melibatkan SOSMA
Kerajaan akan mengkaji setiap kes yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk dibebaskan.