Kementerian Pendididkan disaran memperluas meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke sekolah menengah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati sarapan pagi.
Exco Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata langkah itu dapat memastikan pelajar terbabit belajar dengan selesa.
"Kita perlu memberikan perhatian kepada mereka supaya pelajaran mereka tidak akan terjejas kerana di peringkat ini mereka memerlukan makanan untuk fokus semasa pembelajaran," katanya.
Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Seuntai Kasih Seberkas Harapan Daerah Kerian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di sini, pada Selasa.
Mengenai program hari ini, beliau berkata syarikat korporat dan NGO telah membantu memberikan kupon RM3 kepada 57 pelajar di DUN Titi Serong yang layak untuk membeli makanan di kantin sekolah.
"Sebanyak lapan buah sekolah menengah di kawasan DUN Titi Serong mendapat manfaat ini sejak awal Januari dan akan berakhir November ini.
"Pelajar yang diberikan kupon ini akan membeli sarapan pagi di kantin sekolah pada waktu rehat dan mereka tidak boleh menukar kupon itu," katanya sambil berharap program sama dapat dilaksanakan di seluruh negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak berkata langkah itu dapat memastikan pelajar terbabit belajar dengan selesa. - Gambar hiasan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.

Hayati Nuzul Quran, terus bersederhana dan jaga kesihatan
Berpuasa serta amalan sunat seperti solat tarawih dan membaca al-Quran juga dapat memberi ketenangan kepada minda.

Amalkan tip ini jika mahu otak anak anda lebih 'power'
Diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada penurunan fungsi kognitif dan memori otak.

Diabetes: Ramai ambil mudah sebab hanya 'nampak' apabila sudah mudarat - Pakar
Sikap ambil mudah menjadi penyebab angka penghidap penyakit diabetes di Malaysia terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Rahsia Bahrum Basar kekal gagah pada usia satu abad
"Dalam ilmu perantauan saya pegang, makan pada waktu lapar dan minum waktu haus. Kita tahu sukat berapa banyak yang perlu..."

Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.

"Tiada dalam buku perubatan - tak boleh makan durian selepas cucuk vaksin" - Dr Noor Azmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali perbuatan itu sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang lain.

Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.

Haji: Arab Saudi masih belum keluar kenyataan rasmi - Zulkifli
Bagaimanapun, Zulkifli berkata, Malaysia perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Scotts lancar suplemen tambahan anak-anak dengan tiga perisa
Suplemen itu diformulasi dengan perisa seperti strawberi, oren dan blackcurrant. ketiga-tiga perisa itu terdapat dalam bentuk berbeza, iaitu bentuk ikan, sotong dan ketam.