IPOH: "Jika terlalu banyak bibit sejarah tetapi tidak menarik minat orang ramai, tak ada orang datang juga (tonton), jadi itu terpulang kepada yang lebih arif (pengarah), kata bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Ramli, 81, yang juga waris keturunan Datuk Sagor berkata demikian sebagai mengulas usaha pihak tertentu untuk menghasilkan filem bertemakan sejarah Pasir Salak.
Katanya lagi, aspek filem berbeza dan mementingkan kriteria tertentu termasuk perniagaan, drama dan teknologi.
"Sama ada filem itu (Pasir Salak) perlu fakta sejarah sebenar, itu saya tak tahu. Filem ertinya filem... ia pengurusan lain.
"Kalau banyak fakta tapi tak menarik orang datang pun buat apa? Bukan saya nak anjurkan mitos tetapi tidakkah filem dan drama sekarang banyak mitos, itu yang orang suka.
"Jadi terpulang kepada yang arif, apa pulangan, berapa belanja mereka ini semua diambil kira. Banyak perkara perlu dititkberatkan untuk hasilakan filem," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Bicara Tokoh Peristiwa Pembunuhan J.W.W Birch dari perspektif waris Datuk Sagor di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, di sini, pada Rabu.
Menurut Ramli, jika benar filem itu bakal diterbitkan, maka ia akan memberi kelebihan kepada pengarahnya memandangkan semua pejuang di Pasir Salak sudah ada jenama tersendiri.
"Yang bagusnya ialah dia sudah ada imej, ada ‘brand’ (jenama) seperti Datuk Sagor, Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela.
"Kalau kita nak cipta brand susah, ini sudah ada sejarahnya dan mitosnya. Itu pun sudah saya rasa 1,000 langkah untuk buat filem.
"Jadi bagi saya memang patutlah dibuat (filem), eloklah dibuat jika ada pihak yang berminat," kata beliau lagi.
Sebelum ini, susulan kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pengarahnya, Syamsul Yusof dilaporkan merancang untuk meneruskan projek pembikinan filem Pasir Salak yang pernah diilhamkan oleh legenda perfileman Melayu, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Aida Aziz
Wed Aug 24 2022

Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga waris keturunan Datuk Sagor menyambut baik usaha untuk menerbitkan filem sejarah Pasir Salak susulan kejayaan filem Mat Kilau di pawagam baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.

Projek baiki Kompleks Sejarah Pasir Salak libatkan kos tinggi
Kerajaan negeri mengalu-alukan pihak swasta yang berminat untuk mengurus atau mengambil alih kompleks tersebut.