IPOH: Pembaikan serta pemulihan Kompleks Sejarah Pasir Salak dijangka menelan belanja yang tinggi ekoran kerosakan bangunan bersejarah tersebut terlalu banyak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, meskipun belum menerima jumlah sebenar kos membaiki serta memulihkan kompleks tersebut, pihaknya sedia maklum ia memerlukan belanja yang tinggi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan pihak swasta yang berminat untuk mengurus atau mengambil alih kompleks tersebut bagi membolehkannya kembali beroperasi seperti sebelum ini.
Menurutnya, usaha membaiki serta memulih kompleks berkenaan telah dibangkitkan di dalam mesyuarat Exco sebelum ini di mana Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi diberi tanggungjawab untuk melihat mengenainya.
"Kita belum dapat kos sebenar tapi kita sedia maklum kos agak tinggi... ia melibatkan pemuliharaan kepada bangunan yang sudah terbiar dan ada banyak kayu yang telah reput.
"Kita akan tengok kos sekiranya kerajaan negeri mampu kita akan gunakan wang kerajaan negeri dan kalau tidak mampu kita kena mohon bantuan daripada kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkat demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022, di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Saarani berkata, pihak swasta yang berminat menguruskannya boleh mengemukakan kertas cadangan kerana apa yang penting bukan sahaja memulihara tetapi juga penyelenggaraanya.
"Kita (kerajaan negeri) mungkin ada duit nak memulihkannya tetapi nak pastikan ia diselenggara setiap hari memerlukan operator," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak yang satu ketika dahulu gah tetapi kini semakin hilang seri apabila beberapa bangunan di situ sudah reput dan tidak lagi boleh dikunjungi orang ramai.
Tinjauan mendapati semua Rumah Kutai yang terdapat di kompleks tersebut tidak boleh dimasuki pengunjung termasuklah Galeri Sejarah Negeri Perak.
Hanya beberapa tugu dan terowong masa yang masih boleh dikunjungi pelawat.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Aug 16 2022

Pembaikan serta pemulihan Kompleks Sejarah Pasir Salak dijangka menelan belanja yang tinggi ekoran kerosakan bangunan bersejarah tersebut terlalu banyak, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Projek baiki Kompleks Sejarah Pasir Salak libatkan kos tinggi
Kerajaan negeri mengalu-alukan pihak swasta yang berminat untuk mengurus atau mengambil alih kompleks tersebut.