Ramkarpal Singh Deo menyifatkan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor sebagai hadiah untuk mendiangnya, yang juga penyandang kerusi itu sebelum ini, mendiang Karpal Singh.

Beliau berjanji akan meneruskan perjuangan mendiang dalam berkhidmat kepada pengundi di Bukit Gelugor.

Ramkarpal berkata selain itu, sokongan adik beradiknya dan bantuan parti DAP turut memastikan kemenangannya.

"Apa yang paling penting dalam pilihan raya ini adalah mendiang bapa saya Karpal Singh dan dia tentu sekali memain peranan dalam kemenangan ini," kata beliau.

Ujarnya, beliau yakin majoriti undi yang dimenanginya adalah lebih besar jika peratusan keluar mengundi adalah sama seperti PRU ke 13 tahun lalu.

Kemenangan Ramkarpal turut diraikan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ramkarpal Singh menewaskan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan serta dua calon bebas iaitu Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek.