Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy diingatkan tidak mengaitkan isu cadangan menjadikan negeri itu sebagai penempatan Rohingya dengan 'Projek IC' yang didakwa strategi politik oleh Kerajaan Pusat.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sikap melihat semua perkara melalui 'perspektif politik' seperti yang dilakukan Ramasamy itu dilihat tidak menguntungkan sesiapa.
"Saya ingin menzahirkan rasa kesal dan membidas sekeras-kerasnya 'posting' di dalam akaun Facebook Ramasamy yang membuat andaian jahat bahawa cadangan menempatkan pelarian Rohingya di Pulau Pinang sebagai strategi politik kerajaan Pusat.
"Isu berkaitan kemungkinan Pulau Pinang dijadikan penempatan sementara ini tidak wajar menjadikan DAP tak karuan dan fobia tidak menentu. Sikap melihat semua perkara dan isu melalui 'perspektif politik' ini tidak menguntungkan sesiapa.
"Saya hendak tegaskan bahawa mengaitkan masalah nyawa, hidup dan mati pelarian Rohingya ini dengan 'Projek IC' adalah satu tuduhan yang sangat melampau dan tidak ada adab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Catatan di laman Facebook Ramasamy yang mendakwa Kerajaan Pusat mempunyai muslihat lain dalam memilih Pulau Pinang sebagai lokasi penempatan pelarian Rohingya - Sumber gambar Facebook
BACA: Wahai pembangkang, sila buka mata isu 'Projek IC' - Bung Mokhtar
Pada Isnin Ramasamy membuat catatan di laman Facebooknya dan menyatakan Kerajaan Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan jika Rohingya ditempatkan di negeri itu.
"Kami telah diberitahu bahawa Pulau Pinang diberikan sumber yang terhad dan kekurangan tanah tidak sesuai untuk menempatkan Rohingya dan Bangladesh.
"Kami tidak menentang bantuan kemanusiaan atau hak asasi manusia. Tetapi mengapa semua tempat-tempat yang dipilih Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Pulau Pinang? Adakah dia mempunyai motif tersembunyi? Adakah terdapat percubaan jahat untuk memberi IC kepada pelarian Rohingya dan Bangladesh?" kata Ramasamy dalam catatan berkenaan.
BACA: Rohingya: Tuntut kerjasama Persekutuan dan Negeri atas dasar perikemanusiaan - Reezal
Sementara itu Reezal mempersoalkan pendirian Ramasamy dengan gambaran sikap sebenar DAP dalam isu kemanusiaan.
"Apakah nyawa pelarian Rohingya tidak ada nilai kepada Ramasamy dan pimpinan DAP? Apakah kumpulan manusia yang sedang bertarung nyawa di lautan tidak penting kepada mereka? Apa logiknya dalam isu yang dilihat masyarakat serantau dan seluruh 'dunia' pada ketika ini; untuk dikaitkan dengan 'Projek IC 2'? Kenyataan itu tidak sewajarnya dibangkitkan sama sekali.
"Tidak perlu mengaitkan pelarian Rohingya dengan isu politik. Kalaupun takut dengan bayang-bayang sendiri; DAP boleh menjadi anggota kepada jawatankuasa kerjasama Pusat dan Negeri; jika cadangan itu mahu direalisasikan. Itu lebih membawa manfaat.
"Saya hendak ingatkan pimpinan DAP Pulau Pinang, belajarlah menjadi manusia yang rendah diri dan tidak biadap. Usaha ini di peringkat kajian dan cadangan; lihat dan nilaikan dahulu. Nyawa pelarian Rohingya mesti dilihat sebagai prioriti dan bukan pandangan jumud Ramasamy," jelasnya.
BACA: Pulau Pinang diminta tunjuk keikhlasan bantu pelarian - Ahmad Zahid
Dalam pada itu, Reezal turut meminta, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendispinkan pimpiman DAP yang celupar.
"Jangan buat kenyataan bodoh yang mengaitkan Rohingya dengan projek politik.
"Ada ketika, kita mesti lenturkan sedikit perbezaan ideologi demi isu kemanusiaan. Ianya mesti bermula dengan sikap dan perspektif yang betul.
"Ramasamy ini mewakili pemikiran yang bukan sahaja dangkal; malah biadap dan 'buta hati'," ujarnya.
BACA: "Zahid tolong jangan politikkan isu Rohingya" - Lim Guan Eng
Reezal sebelum ini dilaporkan berkata, isu Rohingya melibatkan banyak negara dan memerlukan penyelesaian jangka panjang dan bukan bersifat sambil lewa.
Astro Awani
Tue May 26 2015
REEZAL: 'Ramasamy, jangan kaitkan isu kemanusiaan Rohingya dengan Projek IC' - Gambar fail
Bicara kes warga Israel Avitan Shalom ditangguh lagi, pengurusan kes 14 Feb
Perbicaraan kes seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sekali lagi.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran di Sarawak dan isterinya berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.
Sarawak teroka kerjasama global pacu transformasi tenaga hijau
Sarawak sedang meneroka kerjasama dengan dengan pelbagai pihak bagi memudahkan pertukaran pengetahuan dan teknologi, selain mendorong inovasi dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negeri.
Suara Rakyat: Mangsa kebakaran Kampung Sri Aman Dua mohon rumah baharu
631 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua, Tawau merayu bantuan kepada kerajaan negeri untuk bina semula rumah mereka ranap dijilat api.
Tanah runtuh di Kota Belud, sembilan sekeluarga selamat
Seramai sembilan sekeluarga terpaksa keluar dari rumah berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan belakang rumah mangsa di Kampung Pituru Darat, Kota Belud.
Amaran ribut petir di Sarawak dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak.
Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah Kanowit sekitar jam 1.50 petang Isnin.
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.
'Ramasamy, jangan kaitkan isu kemanusiaan Rohingya dengan Projek IC' - Reezal
P. Ramasamy diingatkan tidak mengaitkan isu cadangan menjadikan negeri itu sebagai penempatan Rohingya dengan 'Projek IC' yang didakwa strategi politik oleh Kerajaan Pusat.
Laporan RCI: Tiada 'Projek IC' di Sabah
Laporan RCI mendapati tidak wujud pemberian kad pengenalan secara meluas atau 'Projek IC' sepertimana didakwa sebelum ini.