SHAH ALAM: Ramai pemimpin dunia tidak menghiraukan untuk memberi maklum balas atau mengecam tindakan rejim Zionis terhadap Palestin kerana mempertahankan sokongan negara-negara kuasa besar terhadap mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, malah golongan berkenaan menyokong kekejaman yang dilakukan Israel atas alasan perjuangan.
"Ramai pemimpin dunia apabila ada pihak yang mengkritik (tindakan) Israel, mereka tidak peduli sama sekali. Yang diutamakan adalah sokongan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain. Itu sahaja yang mereka ambil berat.
"Mereka tidak pernah menegur Israel, malah menyokong tindakan yang dibuat walaupun bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Itu sikap yang ada pada kebanyakan pemimpin dunia," katanya dalam program 'Di Sebalik Isu Bersama FY: Al-Aqsa, Ke Mana Akhirnya' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Turut diundang sebagai panelis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan bekas Pegawai Kanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar (B) Jeneral Mohd Anas Hassan manakala Finaz Yunus bertindak sebagai hos rancangan.
Dalam pada itu Dr Mahathir berpandangan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika ini tidak dilihat berfungsi dalam isu peperangan yang berlaku kerana menjaga kepentingan sendiri.
"Saya tidak nampak (fungsi) PBB, mereka hanya berfungsi dalam isu perubatan dan sebagainya tetapi (melibatkan) politik, mereka tidak berjaya.
"Ini kerana apabila satu cadangan dibuat dan sekiranya tidak disukai oleh mana-mana satu daripada lima (negara) kuasa besar, boleh menafikan hak seluruh PBB itu sendiri," katanya.
Sementara itu beliau turut menjelaskan, konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin juga gagal untuk dibawa ke Mahkamah Antarabangsa susulan tidak mendapat persetujuan bersama.
"Mahkamah Antarabangsa mempunyai satu syarat, hanya boleh bicara sekiranya dua pihak bersetuju untuk diserah kepada mahkamah.
"Contoh apabila kita mempunyai masalah berkaitan sempadan dengan Indonesia, mereka setuju bawa ke mahkamah, maka boleh dibicara. Kalau Malaysia sahaja, Mahkamah Antarabangsa tidak boleh berfungsi. Begitu sebaliknya," ujarnya.
Mengenai hubungan dengan Israel di masa hadapan, Dr Mahathir menegaskan, walaupun beberapa negara antaranya Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Turkiye telah menormalisasikan hubungan dengan Zionis, Malaysia tidak perlu mengikut jejak langkah negara-negara berkenaan.
"Saya tidak nampak apa-apa faedah untuk kita ada hubungan dengan Israel. Ilmu yang kita nak tuntut bukan ada dengan mereka, lebih kepada Jepun, Korea dan China. Tetapi ada juga Yahudi yang menentang Israel dan dengan orang itu, kita boleh bersahabat.
"Saya biasa jumpa golongan itu di London, mereka sokong perjuangan kita melawan Israel," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 20 2023
Ramai pemimpin dunia tidak menghiraukan untuk memberi maklum balas atau mengecam tindakan rejim Zionis terhadap Palestin kerana mempertahankan sokongan negara-negara kuasa besar terhadap mereka, kata Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.