KUALA TERENGGANU: Hasrat beberapa pelancong mahu menghabiskan percutian di Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap di sebuah kampung di daerah ini tidak wujud.
Seorang pelancong yang berjaya dihubungi, Masnawi Md Yusoff, 50 berkata, mereka sekeluarga mengalami perkara sama ketika ingin menyambung cuti di Terengganu setelah melawat beberapa lokasi di Kelantan.
"Saya menempah rumah inap ini secara dalam talian pada pagi Jumaat dan telah membayar sejumlah RM245 untuk menginap selama dua hari, dua malam iaitu pada 5 hingga 7 Jun.
"Saya tiba di situ pada Ahad lalu. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, saya gagal menemui rumah inap yang telah ditempah. Saya cuba menghubungi 'pemilik' rumah berkenaan beberapa kali namun talian tidak dijawab," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.
Masnawi yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, dia turut menemui beberapa individu yang tinggal berdekatan lokasi itu namun diberitahu rumah inap berkenaan tidak wujud di situ.
"Saya ada bercakap dengan penduduk yang tinggal di kawasan itu, mereka memberitahu 'homestay' tersebut memang tiada.
"Lebih memeranjatkan, saya turut diberitahu, bukan sahaja saya yang menjadi mangsa malah sudah berbelas orang mangsa yang dipercayai tertipu dengan 'homestay' yang tidak wujud itu," ujarnya.
Kesal dengan kejadian itu, Masnawi bersama isteri dan dua anak mengambil keputusan untuk pulang ke Port Dickson setelah gagal mendapat lokasi untuk menginap.
"Saya cuba juga cari lokasi lain untuk menginap pada malam itu malangnya semua hotel dan homestay sudah penuh mungkin disebabkan musim cuti sekolah.
"Malam itu juga saya bertolak pulang dan tiba di Port Dickson pagi Isnin," katanya.
Menurut Masnawi, selepas membuat bayaran penuh untuk penginapan, dia turut menerima emel susulan yang meminta tambahan bayaran sebanyak RM100 sebagai deposit untuk menginap di rumah itu.
"Saya abaikan sahaja emel itu dan tidak membuat bayaran tambahan sebab saya sudah jelaskan bayaran penuh.
"Kami sekeluarga rasa kesal dan telah melaporkan perkara yang berlaku kepada platform tempahan hotel dan penginapan yang digunakan," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Sufi Soulhi Mohd Sufian, 18, berkata, perkara itu disedari berlaku sejak awal cuti persekolahan yang bermula pada Jumaat minggu lalu.
Terbaharu, katanya, dia terserempak dengan sebuah keluarga yang turut mencari rumah inap yang sama pada malam Isnin.
"Saya keluar rumah sekitar jam 7.45 malam untuk menghantar barang dan terserempak dengan sebuah keluarga dari Kedah yang turut mencari homestay berkenaan.
"Saya sudah maklum kepada mereka bahawa tiada 'homestay' yang seumpama itu beroperasi di kawasan ini. Sebelum ini pun sudah ramai orang mencari homestay yang sama," katanya.
Muhammad Sufi Soulhi turut memuat naik status di laman sosial Facebook pada Isnin dengan harapan agar pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap lebih berwaspada supaya tidak tertipu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Jun 08 2022

Status yang dimuat naik di laman sosial Facebook mengenai homestay yang tidak wujud di sebuah kampung di daerah Kuala Terengganu.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Malaysia catat 58.6 juta pelancong domestik pada suku pertama 2024
Pelancong domestik diambil kira bagi yang melakukan perjalanan melebihi 25km dan bermalam manakala jika tidak bermalam, mereka tidak dikira sebagai pelancong.

AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlukan kunci."

P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.

Mangsa lemas beria-ia mahu beriadah di pantai sebelum menemui ajal
Nora Elina tidak menyangka percutian mereka sekeluarga buat pertama kali di Terengganu itu, berakhir dengan tragedi.

Industri pelancongan Maui cetus kemarahan
Jason Momoa menggesa pelancong membatalkan perjalanan mereka dan menyifatkan komuniti di situ memerlukan masa untuk sembuh.

Arab Saudi tawar e-visa kepada 8 negara lagi
Arab Saudi pada Ahad mengumumkan bahawa rakyat di lapan negara lagi layak memperoleh e-visa pelawat.

Percutian Tahun Baharu Cina bawa harapan pemulihan ekonomi dunia
Jumlah pergerakan pelancong dalam negeri di China sepanjang tempoh percutian Tahun Baharu Cina (TBC) mencatatkan sebanyak 308 juta orang.

Trend bercuti ke luar negara sudah dijangka, pengunjung domestik ke Perak memuaskan
Rakyat Malaysia diharap dapat mengutamakan produk pelancongan tempatan, bagi membantu pengusaha perkhidmatan dan pelancongan.

'Ramai kena tipu homestay tidak wujud'
Pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap digesa lebih berwaspada supaya tidak tertipu.

Tempahan penerbangan antarabangsa tunjuk trend peningkatan - Laporan
Lantunan tempahan telah didedahkan pada Sidang Kemuncak Dunia ke-21 WTTC, yang berlangsung tahun ini di Manila.