Menjalani ibadat pada bulan Ramadan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu memupuk sikap bersederhana ketika melakukan segala urusan dalam kalangan masyarakat, kata Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Beliau berkata suasana sambutan bulan suci itu yang amat berbeza tahun ini dapat mengajar masyarakat untuk menjadi pengguna lebih bijak dan tidak terlalu kedekut serta tidak terlalu membazir ketika berbelanja.
"Kita bermuhasabah, sebelum ini biasanya ketika Ramadan kita membuat persiapan menyambut Syawal termasuk pakaian, makanan dan perhiasan rumah, begitu juga hidangan berbuka puasa dan (berbelanja di) bazar Ramadan yang kadang-kadang di luar kemampuan.
"Tetapi Ramadan kali ini memberikan kita satu peluang keinsafan yang mana kita berhadapan dengan ujian besar dan cara penyelesaian terbaik adalah bersederhana dalam kehidupan," katanya ketika menyampaikan Kapsul Ramadan di Facebook Jabatan Mufti Negeri Melaka di sini hari ini.
Katanya meskipun pada bulan Ramadan umat Islam disunatkan berbelanja lebih dan melakukan banyak amalan bersedekah, ia perlu dikawal dan jangan sampai ke tahap berlebihan sehingga ada yang dibuang begitu sahaja.
Abdul Halim berkata justeru, masyarakat diingatkan agar merancang perbelanjaan diri dan keluarga serta mengambil peluang dalam tempoh PKP dengan memperbanyakkan amalan terpuji dan ibadat serta bersedekah.
"Namun COVID-19 tidak mengizinkan kita bebas, mungkin ia boleh dilakukan dalam kalangan keluarga atau saluran tertentu serta kaedah menyantuni jiran tetangga dalam kita memanfaatkan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
"Paling penting, jadilah pengguna yang bijak dan pengguna Muslim yang tahu meletakkan keutamaan bagi keperluan diri dan keluarga," katanya.
Beliau juga berkata masyarakat perlu merancang perbelanjaan, bersederhana dan mengelak pembaziran.
Katanya, jika ingin bersedekah, mereka perlu memastikan rezeki yang ingin dikongsi diperoleh daripada sumber yang halal serta memberikannya kepada mereka yang memerlukan dengan cara halal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020
ABDUL HALIM: Ramadan kali ini memberikan kita satu peluang keinsafan yang mana kita berhadapan dengan ujian besar dan cara penyelesaian terbaik adalah bersederhana dalam kehidupan. - Sinar Harian
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah.
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.
PKPB: Solat Jumaat di Melaka bermula 29 Mei, tiada solat Aidilfitri di masjid - Mufti
Hanya 40 jemaah dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat, namun jumlah tersebut tertakluk kepada perkembangan semasa dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara.
Harus guna tabung khairat masjid bantu kariah memerlukan - Fatwa Melaka
Ketetapan itu dibuat melalui perbincangan jawatankuasa itu berhubung PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April, bagi menangani wabak COVID-19.
Campur tangan asing rosakkan perpaduan, keamanan negara - Mufti
Mereka senada berpendapat, campur tangan luar seperti tindakan sivil DoJ berkaitan 1MDB bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian.
Melaka gesa penganjur batalkan Perhimpunan Jubli Jerusalem
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, tidak ada sebarang kelulusan diberikan kepada penganjur perhimpunan itu dan ia dianggap melanggar peraturan sekiranya diadakan.