Rakyat Selangor hari ini menyatakan perasaan muak kepada kerajaan negeri apabila masalah bekalan air masih sukar ditangani sehingga menyusahkan penduduk terutamanya warga emas.
Tinjauan Bernama di sekitar Klang mendapati bekalan air mineral dan air minuman di kebanyakan kedai runcit dan pasar raya habis dijual.
Seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Tom, 69, berkata sebagai rakyat Selangor, beliau berasa muak apabila masalah bekalan air terlalu kerap berlaku kerana menyusahkan dirinya yang menghidap sakit lutut dan kekurangan tenaga.
Beliau yang tinggal di Taman Sri Andalas di sini memberitahu kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air sejak Selasa lepas menyebabkan air yang disimpan sebelum ini bagi tujuan itu telah habis sepenuhnya.
"Saya simpan air seperti mana yang Air Selangor bagi tahu. Guna pun berjimatlah. Tapi bila ada kes loji pecah macam ini, tempoh sekatan bekalan lebih lama, terpaksalah angkut air.
"Lori tangki air yang sepatutnya datang tapi sampai hari ini tiada pula. Saya terpaksa minta tolong jiran angkat air sebab lutut sakit, tak larat lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi punca air yang diwujudkan Air Selangor di Jalan Sri Siantan 43, di sini, hari ini.
Tinjauan mendapati lebih 100 penduduk di sekitar Taman Sri Andalas dan Taman Sri Bayu serta beberapa lokasi terdekat berpusu-pusu ke lokasi tersebut untuk mengangkut air sebagai bekalan menghadapi gangguan air yang dijangka berakhir Ahad ini.
Bagi seorang penduduk Pangsapuri Taman Klang Jaya pula, Mazila Mat Nasir, 36, gangguan bekalan air kali ini menyebabkan beliau terpaksa mengangkut air lebih enam kali sehari ke rumahnya di tingkat satu daripada lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang datang ke kawasan itu.
"Walaupun tiada air, nak tak nak terpaksa memasak juga hari-hari sebab saya ada empat anak yang semua bersekolah dan suami balik hendak makan. Nak membeli makanan selalu, perbelanjaan bertambah pula.
"Untuk jimatkan air, kami lapik pinggan guna plastik. Kami tak boleh simpan air banyak di rumah sebab unit apartmen di sini kecil sekitar 700 kaki persegi saja," katanya sambil mengeluh kerana tenaga kaum wanita tidak sekuat lelaki untuk mengangkut air menaiki tangga berkali-kali memandangkan pangsapuri lima tingkat itu tidak mempunyai lif.
Menyifatkan gangguan bekalan air lebih memudaratkan daripada masalah tenaga elektrik, Mazila amat berharap kerajaan Selangor lebih serius menanganinya kerana ia amat menyeksakan rakyat yang tidak sepatutnya menanggung beban seperti itu.
Pada Selasa lepas, Syabas menyatakan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air hingga hari ini berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).
Bagaimanapun, pemulihan bekalan berkenaan tersasar daripada jangkaan akhirnya apabila Sistem Mampatan Udara di SSP3 gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan dua daripadanya pecah dan terpelanting keluar daripada strukturnya.
Hal tersebut menyebabkan 427 kawasan di sekitar Lembah Klang antaranya Shah Alam, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat terganggu proses pemulihan bekalan namun dijangka pulih sepenuhnya pada Ahad secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 09 2018
![Rakyat Selangor muak dengan masalah bekalan air Rakyat Selangor muak dengan masalah bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520562455_GangguanAir.jpg)
Penduduk sekitar Taman Sri Andalas dan Taman Sri Bayu berpusu-pusu mengambil air dari punca air yang disediakan oleh Syabas berikutan gangguan bekalan air di Selangor. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023 Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719494304_TBAbasAbdullah.jpg)
Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.
![Bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya Bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711864784_WATERTAP.jpg)
Bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.
![Penyenggaraan LRA Sungai Selangor Fasa 1 dijangka siap 7 malam ini - Air Selangor Penyenggaraan LRA Sungai Selangor Fasa 1 dijangka siap 7 malam ini - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717566797_tbGangguanairLRA.jpg)
Penyenggaraan LRA Sungai Selangor Fasa 1 dijangka siap 7 malam ini - Air Selangor
Para pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi Khamis.
![Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696495589_AirPaip.jpg)
Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok
Kerja-kerja penyelengaraan dijangka siap jam 7 malam ini, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat mulai jam 3 pagi esok.
![Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini! Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660215812_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!
Air Selangor ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
![Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651364477_paipair.jpg)
Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok
Penduduk di kawasan sekitar Lembah Klang yang dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula esok hingga Khamis ini mula menyimpan air.
![Air berwarna biru cemari Sungai Kandis Air berwarna biru cemari Sungai Kandis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717302522_airbiru.jpg)
Air berwarna biru cemari Sungai Kandis
Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 79(1)(c) Enakmen LUAS 1999 atas kesalahan mencemarkan sumber air.
![LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716509163_AirSelangor.jpg)
LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.
![Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712852644_watertap.jpg)
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
![Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031 Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709182762_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.