KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mahu pembangunan lebih baik terutama daripada segi infrastruktur dan isu kemiskinan diatasi dengan sebaiknya oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata wakil-wakil rakyat GRS perlu sedar bahawa selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas, perjuangan gabungan itu baru bermula dengan membela nasib rakyat di Negeri Di Bawah Bayu itu.
"Mereka itu (rakyat Sabah) telah meletakkan kepercayaan kepada kita...sebab itu bila kita sudah berada di sini (menjadi kerajaan negeri) jangan kita lupa amanah perlu kita pikul yang diberikan sendiri oleh rakyat kepada kita.
"Amanah ini kita pikul dengan kesungguhan sebenar-benar supaya apa diharapkan rakyat Sabah diterjemah dalam bentuk bantuan, sokongan, pertolongan, dan pembangunan dalam segala bidang," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam GRS pada Ahad malam.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor juga Pengerusi GRS dan Pengerusi PN Sabah, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga Presiden STAR Sabah, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS).
GRS yang terdiri daripada gabungan parti komponen daripada PN, BN dan PBS.
Muhyiddin berkata COVID-19 telah meletakkan rakyat dalam situasi yang amat sukar untuk meneruskan kehidupan, justeru, katanya segala pertolongan kepada rakyat terjejas perlu disampaikan secara bersungguh dan dengan kadar yang segera.
Perdana Menteri berkata COVID-19 juga memberi cabaran yang luar biasa kepada kerajaan terutama untuk memberi bantuan kepada rakyat, sehubungan itu, ia perlu dihadapi dengan sebuah usaha yang amat luar biasa daripada kerajaan.
"Saya faham ia bukan sesuatu yang mudah malah amat mencabar berbanding dengan apa kerajaan pernah hadapi sebelum ini, Kerajaan Persekutuan terpaksa ambil tindakan luar biasa dengan masalah COVID-19 hampir setiap hari beri cabaran berbeza.
"Walaupun sukar tiada bahan rujukan atau pengalaman lalu sedikit sebanyak kita dapat atasi...vaksin sudah kita sampaikan, sedikit demi sedikit harapan kita untuk kembalikan kehidupan baik kepada rakyat dilaksana, sedikit demi sedikit kita urus masalah kesihatan rakyat dan ekonomi negara," katanya.
Astro Awani
Sun Mar 21 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap sewaktu menghadiri Majlis Makan Malam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sempena lawatan rasminya ke Sabah hari ini. - Foto BERNAMA
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.