KOTA BHARU: Rakyat di negara ini diseru agar memberi kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Mohamad Shukri berkata mengikut peraturan Islam, orang Islam mesti berpegang teguh kepada apa-apa yang telah diputuskan terutamanya sekiranya keputusan telah dilaksanakan.
"Masing-masing perlu memberi kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan baharu dan mengikut kaedah pun apabila satu keputusan telah dibuat sekiranya timbul pertikaian kita perlu tunduk kepada majoriti.
"Saya turut berharap kepimpinan baharu Perdana Menteri, dapat memberi dua perkara yang diharapkan oleh rakyat iaitu penyelesaian yang besar mengenai kesihatan dan juga perkembangan ekonomi. Sekiranya kesihatan dan ekonomi kembali pulih maka aktiviti keagamaan pun dapat dipulihkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sidang media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bagi Januari hingga Jun 2021 di sini semalam, ketika diminta memberi ulasan dan pandangan mengenai pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Mohamad Shukri berkata beliau turut menyambut baik hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan negara Malaysia sebagai konsep Keluarga Malaysia.
"Konsep itu sangat positif yang rakyat semua dapat merasa sebagai satu keluarga besar selain sekiranya ada apa-apa permasalahan yang timbul kita dapat selesaikan secara berkeluarga.
"Kita mendoakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan kesihatan taufik dan hidayah sekali gus dapat memimpin negara Malaysia dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
MOHAMAD SHUKRI: Kita mendoakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan kesihatan taufik dan hidayah sekali gus dapat memimpin negara Malaysia dengan baik. - Gambar fail
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.
RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti
Katanya, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen MAIK serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan
Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Perkhidmatan 'teman raya' adalah haram - Mufti
Mohamad Shukri berkata, Islam melarang umatnya membuat perkara yang tidak mempunyai makna dan sia-sia.
Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Perlu qada zakat fitrah jika belum tunaikan kewajipan - Mufti
Terdapat lima perihal hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam untuk membayar zakat fitrah.
Ibu bapa perlu yakin dengan PICKids - Mufti Kelantan
Golongan ibu bapa perlu yakin dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dijalankan oleh kerajaan.
Rakyat mesti patuh dan taat kepada kepimpinan baharu - Mufti Kelantan
Mengikut peraturan, orang Islam mesti berpegang teguh kepada apa-apa keputusan pemimpin terutamanya sekiranya ia telah dilaksanakan.
Anak yang tertukar, wajib untuk tukar kembali bin/binti - Mufti Kelantan
Anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.
SOP tangani COVID-19 untuk kebaikan semua - Mufti Kelantan
Beliau berharap masyarakat tidak termakan dengan dakyah-dakyah pihak tertentu termasuk berkaitan SOP PKP dan suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.