Ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki perumahan berasaskan nilaian harga semasa adalah sangat serius berdasarkan piawaian standard antarabangsa.
Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Qaiser Iskandar Anwarudin berkata, piawaian standard antarabangsa itu dikemukakan Demographia dan diperakui Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu dilancarkan kerana harga purata hartanah baharu bernilai RM417,262 berbanding harga maksimum rumah mampu dimiliki mereka hanya bernilai RM282,000.
"Tahap ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah masih menjadi faktor penghalang utama kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri.
"Sebuah rumah dianggap mampu milik sekiranya harga ditawarkan tidak lebih daripada tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah.
"Mengikut faktor kemampuan rakyat berdasarkan kaedah median multiple, harga rumah di Malaysia pada 2016 berada pada kadar 4.4 berbanding 3.9 pada tahun 2012, bermakna kadar ketidakmampuan rakyat membeli rumah sendiri semakin meningkat," katanya pada sesi taklimat penerangan bersama media mengenai tajuk 'Household Indebtedness di Sasana Kajang di sini hari ini.
Lebih mengejutkan, Qaiser Iskandar Anwaruddin mendedahkan, hutang isi rumah rakyat Malaysia kini berada pada tahap 82.2 peratus daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus antara tertinggi di rantau Asia.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, pinjaman perumahan masih kekal sebagai penggerak penting bagi pertumbuhan kredit susulan industri perbankan berterusan untuk kekal menyokong inisiatif pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
"Berdasarkan statistik kelulusan terkini pinjaman perumahan dari Januari hingga Ogos 2019, seramai 260,000 peminjam mendapat manfaat daripada keseluruhan nilai pinjaman ditawarkan bank bernilai RM113 bilion.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 127,000 atau pecahan 49 peratus adalah membabitkan akaun baharu pinjaman perumahan dengan 88,000 akaun atau pecahan 69 peratus membabitkan nilai perumahan berharga kurang RM500,000," katanya.
Selain itu, Qaiser Iskandar memberi petanda kedudukan kewangan isi rumah Malaysia kekal berdaya tahan walaupun paras agregat hutang meningkat.
Menurutnya, pencapaian nisbah rosot nilai pinjaman lebih rendah daripada 1.3 peratus bagi purata lima tahun berbanding purata lima 1.5 peratus bagi tempoh sama di samping bahagian pendapatan boleh guna rendah bagi tujuan pembayaran semula pinjaman pada 36 peratus turut mendorong kepada petanda itu.
"Nisbah aset kewangan mudah tunai-kepada-hutang isi rumah juga kekal memadai pada 1.5 kali manakala nisbah aset kepada hutang lebih sekali permohonan termasuk aset hartanah juga lebih baik kepada 4.1 kali.
"Secara agregat, isi rumah terus berdaya tahan dengan kedudukan kewangan masing-masing dalam keadaan terkawal," katanya.
Sinar Harian
Thu Oct 24 2019
Sebuah rumah dianggap mampu milik sekiranya harga ditawarkan tidak lebih daripada tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah. - Gambar hiasan
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.
Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.
Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
Malaysia terus jadi pilihan pelabur di Asia Tenggara - OBORCC
Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara.
Ringgit menambah nilai 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 selaras dengan kebanyakan mata wang serantau.