KUALA LUMPUR: Musibah banjir yang melanda beberapa negeri terutama Selangor yang disifatkan luar jangka, bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada mangsa tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
Media sosial sejak semalam dipenuhi dengan pelbagai hantaran mangsa yang inginkan bantuan serta rakyat Malaysia yang cuba menghulurkan pertolongan sedaya upaya mereka dengan meletakkan tanda pagar #DaruratBanjir.
Seorang pengguna Twitter menggunakan nama @_siggplus yang merupakan seorang peniaga kopi di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor menawarkan kopi percuma dan tempat berteduh kepada mereka yang terkandas di kawasan itu semalam.
"Sesiapa terkandas dekat Aeon Seksyen 13, tidak ada tempat nak pergi sebab jalan tutup, sila datang kedai aku minum kopi Vietnam sementara tunggu air surut," katanya yang menawarkan kopi percuma dengan harapan bantuan kecil itu dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang terjejas.
Selain itu, pemilik akaun @dh_akimi juga menawarkan pertolongan kepada mangsa untuk berpindah keluar dari kawasan terjejas.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
"Kalau anda terperangkap dan memerlukan kenderaan empat roda untuk berpindah, sila hubungi saya.
"Keutamaan diberikan kepada mereka yang ada bayi, kanak-kanak dan orang tua," katanya dalam akaun Twitternya.
Tinjauan Bernama semalam mendapati penduduk di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya mengambil inisiatif membantu melancarkan aliran lalu lintas di kawasan perumahan mereka yang turut terkesan banjir.
Luqman Hakim, 24, secara sukarela 'bertugas' untuk memberi amaran kepada pengguna lalu lintas ingin ke Shah Alam yang melalui perumahan tersebut untuk berpatah balik ekoran laluan gelap itu telah ditenggelami air.
Katanya, hujan yang tidak berhenti selama dua hari berturut-turut telah mengakibatkan air naik melepasi paras dada.
"Dulu pernah juga banjir, tetapi ini lagi teruk dan memang bahaya dan saya buat apa yang boleh untuk tolong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Musibah banjir yang melanda beberapa negeri terutama Selangor yang disifatkan luar jangka, bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada mangsa tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang prihatin. - Foto BERNAMA
Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte
Kerajaan Filipina akan beri respons positif sekiranya ICC mengarahkan Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Rodrigo Duterte.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Polis Selangor sahkan kes tembakan di Tanjung Rhu melibatkan APMM, warga asing
Polis Selangor mengesahkan satu laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat daripada pengadu seorang pegawai perubatan yang bertugas di zon merah jabatan kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Kemelesetan dunia dielakkan, inflasi susut: WEF 2025 di Davos Fokus pada kerjasama global
Pemimpin ekonomi dunia berkumpul di World Economic Forum (WEF) 2025 untuk membincangkan cabaran global. IMF Chief Kristalina Georgieva memuji kejayaan menurunkan inflasi tanpa kemelesetan, sementara Presiden ECB Christine Lagarde menekankan kepentingan institusi antarabangsa dan perdagangan terstruktur. Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menyeru usaha mengelak pemecahan dunia menjadi blok ekonomi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Rekod penduduk tinggalkan New Zealand cecah paras tertinggi
Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan sehingga November 2024.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Topi ‘Canada Is Not For Sale’ tular
Ancaman lisan Donald Trump terhadap Kanada telah mencetuskan idea kreatif seorang usahawan, selepas pendekatan konfrontasi presiden baharu Amerika Syarikat itu menginspirasikan tindakan balas simbolik.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Israel tangguh pengunduran tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel dijangka melebihi tempoh 60 hari pengunduran seperti dalam gencatan senjata. Netanyahu dakwa perjanjian belum dilaksana sepenuhnya oleh Lubnan.
Arab Saudi usaha hapus sekatan ekonomi Syria
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, seru kerjasama antarabangsa untuk membatalkan sekatan ekonomi Syria demi aliran pelaburan dan pembangunan semula negara itu.
Putin sedia berunding dengan Trump, seru penyelesaian perang
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Presiden AS, Donald Trump, mengenai isu penting, termasuk perang Ukraine, bergantung kepada pentadbiran AS.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.