KUALA LUMPUR:Penting untuk Kerajaan membina membina semula keyakinan di kalangan rakyat bahawa adalah selamat untuk melancong di dalam Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Sehubungan itu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri, Kementerian sedang giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara.
Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, ia selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan gelembung perjalanan domestik zon hijau serta kebenaran rentas daerah dan negeri baru-baru ini,
“Kita yakin bahawa penggiat industri pelancongan kita telahpun bersedia dalam aspek ini dari awal dan terus boleh bergerak sepenuhnya sebaik sahaja aktiviti pelancongan dibenarkan.
“Kita juga beri galakan untuk rakyat kita melancong. Untuk ini, kita tawarkan kepada rakyat insentif dan promosi dalam bentuk baucar rebat, e-baucar, cashback dalam bentuk e-wallet dan diskaun untuk tempahan pakej pelancongan, penginapan dan pengangkutan,” katanya lagi.
Nancy berkata, dalam erti kata lainnya, Kerajaan memberikan bantuan kewangan atau membayar sebahagian atau dengan izin, certain portion dalam perbelanjaan untuk rakyat melancong dalam negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang mahu Kementerian menyatakan strategi jangka pendek bagi memastikan aktiviti pelancongan domestik dapat dioptimumkan semula sepenuhnya susulan kebenaran rentas negeri dan daerah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mengulas lanjut, Nancy berkata, MOTAC akan meneruskan kerjasama dengan penggiat-penggiat industri dan semua Kerajaan Negeri dalam membangun dan menawarkan pakej-pakej pelancongan baru yang menarik melalui platform digital.
“Kita perkenal dan promosikan destinasi pelancongan di luar bandar atau hidden gems, kerana pelancong kini lebih cenderung memilih destinasi yang selamat, kurang orang dan udara segar.
“Selain itu, MOTAC akan teruskan siri Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik. Kita akan pergi ke seluruh negara untuk mempromosikan pelancongan domestik, memperkenalkan produk baru pelancongan dan juga memberi nafas baru kepada produk sedia ada,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Dec 10 2020
MOTAC sedang giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
Inisiatif Malaysia galak aktiviti keluarga tarik minat negara luar - Nancy
Kolaborasi antara anggota negara ASEAN bertukar idea dan membangunkan pengetahuan mengenai keluarga memperlihatkan kepentingan kekeluargaan di rantau ini.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
Op Global: 68 permohonan perintah mahkamah kembalikan kanak-kanak diselamatkan sedang diproses - Nancy
JKM sedang memproses 68 permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengembalikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global kepada ibu bapa atau penjaga mereka.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.