KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia perlu mensyukuri dan menginsafi hakikat nikmat keamanan serta kebebasan yang dikecapi negara, ketika ini.
Seri Paduka bertitah nikmat keamanan dan kebebasan negara ketika ini tidak boleh dicemari dengan pelbagai polemik sehingga akhirnya menyemarakkan api permusuhan, kerana sengketa dan peperangan hanya akan meleburkan impian dan masa depan sesebuah negara, sehingga akhirnya mengundang kemusnahan kepada umat sejagat.
"Dunia sedang berhadapan dengan pelbagai krisis yang mempunyai kesan secara langsung terhadap masa hadapan generasi muda. Pada hemat Beta, krisis yang paling menzalimi masa hadapan generasi muda dan dunia ialah konflik bersenjata, persengketaan dan peperangan.
"... semenjak berakhirnya Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945, dunia tidak pernah aman daripada konflik, persengketaan dan peperangan yang meletus di pelbagai pelusuk dunia.
"Walaupun jutaan nyawa telah terkorban, berlaku kemusnahan harta yang dahsyat, mencetuskan konflik kemanusiaan dan memusnahkan sistem ekologi dunia, namun manusia masih enggan mempelajari dan mengambil iktibar daripada sejarah lampau," titah baginda dalam Titah Diraja pada Majlis Konvokesyen ke-20 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.
Menzahirkan rasa dukacita dan kegusaran dengan konflik terkini di Palestin yang telah mengorbankan ribuan nyawa, Seri Paduka mendoakan agar Allah SWT melindungi dan mengurniakan kekuatan kepada rakyat Palestin, serta supaya bumi Palestin mendapat kedamaian.
Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor UniKL bertitah mengambil pengajaran daripada nasib yang menimpa rakyat Palestin, generasi muda dan belia negara perlu terus dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan.
Titah Seri Paduka, ini kerana pendidikan merupakan kekuatan yang boleh menitipkan nilai-nilai murni dan kesedaran untuk menolak sebarang bentuk keganasan.
"Selain daripada berterusan menimba ilmu pengetahuan setinggi yang mungkin, generasi muda negara hendaklah dididik serta diasuh dengan semangat patriotisme yang tinggi, untuk sentiasa berdiri teguh menjulang prinsip kesetiaan kepada Raja dan tanah air tercinta.
"Mereka juga hendaklah diterap dengan nilai-nilai demokrasi yang mempertahankan identiti bangsa, agama, kedaulatan negara dan keluhuran perlembagaan, agar tanah air tercinta tidak tergadai kepada kuasa asing, yang sentiasa menangguk di air yang keruh," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah generasi muda sebagai pewaris negara, perlu dibentuk dan dididik sebagai penggerak utama untuk mencorakkan masa hadapan negara bukan hanya cemerlang dalam pendidikan, malah juga memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang sampingan lain selain berakhlak mulia serta terpuji.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sukacita atas kejayaan UniKL melahirkan graduan Al-Hafiz pertama, menerusi pengajian Huffaz Profesional dalam majlis konvokesyen hari ini.
"UniKL kini telah mengorak langkah dalam usaha membentuk generasi muda masa hadapan negara menerusi pendekatan baharu dalam melahirkan graduan teknologis huffaz, yang menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan Al-Quran. Tahniah dan syabas Beta ucapkan," titah Seri Paduka.
Pada majlis sama Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Anugerah Khas Ulul-Albab kepada Izdihar Amri Saari Al-Hafiz, yang merupakan sebahagian daripada 51 graduan program Huffaz Profesional UniKL.
Anugerah yang julung kali diadakan itu, bertujuan mengiktiraf pencapaian graduan program Huffaz Profesional UniKL yang menghafaz 30 juzu' Al-Quran, lulus ujian hafazan dan menerima Sijil Tahfiz Malaysia dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Haron.
Hadir sama, barisan Pro-Canselor UniKL Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azhar Abdul Manaf yang juga Ketua Pengarah Mara dan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Pengerusi UniKL).
Seramai 6,039 graduan terbabit dalam majlis konvokesyen bagi 2023, diadakan dalam lapan sesi bermula hari ini hingga 7 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Seri Paduka bertitah, nikmat keamanan dan kebebasan negara ketika ini tidak boleh dicemari dengan pelbagai polemik sehingga akhirnya menyemarakkan api permusuhan. -Foto Bernama

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok - Polis
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam ini.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.