BETONG (Sarawak): Falsafah 'Segulai Sejalai' (Seiring Sejalan) masyarakat Dayak amnya dan Iban khususnya harus dipelajari oleh rakyat Malaysia agar menjadi pegangan yang mampu menyatu serta memperkuatkan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata falsafah itu adalah pegangan yang terbaik supaya tidak timbul masalah yang akan menyebabkan pecah-belah dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata dapat dilihat bagaimana rumah panjang di Betong dan kawasan lain di Sarawak yang berjaya melahirkan tokoh pemimpin yang baik kerana dasar ketua rumah panjang yang sering menyokong golongan berkuasa.
"Siapapun yang jadi kerajaan, mereka menyokong golongan yang berkuasa kerana jika (mereka) antigolongan berkuasa, akan mengundang padah kepada anak-anak buah mereka," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Enteri Lengkoi di Samu, Spaoh dekat sini hari ini.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut mengingatkan rakyat agar tidak melayan sebarang titik perbedaan di antara mereka sebaliknya mempertahan titik persamaan demi menyelesaikan masalah.
"Kita wujudkan Kerajaan Perpaduan bagi mewujudkan kestabilan politik, mempertingkat pertumbuhan ekonomi, memberikan peluang pekerjaan dan kemakmuran kepada rakyat jelata terutama dari segi memberi peluang menambah pendapatan," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata adalah penting untuk orang lama memahami aspirasi generasi baharu manakala generasi baharu harus terus menghormati orang lama.
Beliau berkata jalinan itu menjadikan perasaan menyokong golongan berkuasa dapat diterjemah demi kepentingan rakyat namun pada masa sama, tidak mustahil ia akan diganggu-gugat oleh unsur luar mahupun dalaman.
"Membina itu adalah sukar tetapi biarpun sukar, insya-Allah ia akan lebih mudah apabila kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan segulai sejalai," katanya yang menyifatkan hubungan Sarawak dan Persekutuan sebagai indah sekali gus memudahkan pelaksanaan projek berkepentingan rakyat.
Terdahulu, Ahmad Zahid meluluskan pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Betong selain peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan RM750,000 masing-masing untuk kerja baik pulih serta pendawaian semula Rumah Enteri Lengkoi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua,kanan) menyempurnakan Majlis Merarau Ngiling Tikai di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Rakyat Malaysia harus pelajari falsafah Segulai Sejalai - Ahmad Zahid
Falsafah 'Segulai Sejalai' (Seiring Sejalan) masyarakat Dayak amnya dan Iban khususnya harus dipelajari oleh rakyat Malaysia agar menjadi pegangan yang mampu menyatu serta memperkuatkan negara.