Kementerian Wilayah Persekutuan mengalu-alukan rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk beramai-ramai hadir ke Putrajaya pada 31 Ogos ini bagi meraikan serta memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.
Menterinya Khalid Abd Samad berkata kemuncak sambutan penuh bersejarah hari kemerdekaan itu adalah persembahan perbarisan yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini.
"Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini juga mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya ia diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan," katanya pada majlis sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 di kementeriannya di sini, hari ini.
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 itu dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018.
Konvoi yang melibatkan 133 orang peserta dan 52 kenderaan termasuk motosikal itu menjelajah Semenanjung Malaysia bermula 5 Ogos di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan bakal berakhir pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.
Khalid berkata konvoi itu juga merupakan usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat selepas pertukaran tampuk pemerintahan.
"Kerajaan berubah tidak semestinya dunia akan kiamat, tetapi kerajaan baharu akan membawa harapan baharu.
"Justeru usaha kembara ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa perubahan kerajaan bukan satu malapetaka, sebaliknya ia satu kemenangan dan kejayaan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 27 2018
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini juga mencatatkan sejarah kerana buat pertama kali diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu. - Gambar fail
Serangan Israel dari udara mengorbankan 30 rakyat Palestin
Serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di Deir Al-Balah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan yang lain cedera. Serangan itu disasarkan pada sebuah sekolah swasta yang dijadikan tempat perlindungan rakyat Palestin yang berpindah randah mencari tempat perlindungan.
Menteri Luar Rusia adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Langsung dari Vientiane, Laos wartawan Astro AWANI Syaff Shukri membawakan perincian lawatan rasmi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Malaysia pada Ahad.
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Pusat perubatan di Khan Younis ditutup berikutan arahan pemindahan - Kementerian Kesihatan
Disebabkan peningkatan jumlah kawasan yang dipaksa dikosongkan di selatan Gaza, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama kini tidak lagi beroperasi.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Hari Wilayah Persekutuan 2024 disambut di Dataran Putrajaya
Sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan HWP 2024 di bawah enam teras.
Hari Kebangsaan: Semangat Perpaduan ini kita dambakan untuk Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan buat semua yang terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023, termasuk mereka yang membanjiri Dataran Putrajaya, hari ini.
Hari Kebangsaan: Orang ramai teruja bergambar bersama aset tentera
Antara yang menjadi perhatian orang ramai ialah kenderaan perisai 'Armoured Recovery Vehicle' (ARV) yang didatangkan dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Hari Kebangsaan: Penerjun mendarat selamat dan tepat walaupun angin kuat
Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masi
Hari Kebangsaan: Agong, Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum
Baginda berdua dalam aksi spontanmeluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.
Lebih 100,000 hadir meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 - Fahmi
Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran sulung Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya hari ini.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia - TPM
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya hari ini disifatkan sebagai berjaya dan luar biasa, memperlihatkan perpaduan kaum di negara ini.
Hawa Rizwana teruja jadi 'kakak bomba', semangat sertai perarakan Hari Kebangsaan
Menurut Hawa, dia dan juga rakan-rakan program Real Men Malaysia: Wira Merah telah pun bersedia sejak jam 6 pagi untuk menyertai perarakan itu.
Agong, PM hadir sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya
Sambutan dimulakan dengan persembahan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 daripada Kementerian Pendidikan melibatkan 1,500 murid.
Orang ramai meriahkan raptai Hari Kebangsaan, manfaatkan cuti sekolah
Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan berjalan meriah dengan kehadiran orang ramai termasuk kanak-kanak yang memanfaatkan cuti sekolah ketika ini.