Seorang rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun kerana didakwa mempersendakan bendera Indonesia.
Broderik Chin, membuat ‘gurauan’ itu selepas pekerjanya gagal mencari bendera untuk dikibarkan sempena hari kemerdekaan Indonesia.
Dia telah didakwa berkata bahawa bendera tersebut “boleh digantikan dengan seluar dalamnya yang berwarna merah”.
Menurut Jakarta Post, Chin telah berbuat demikian pada 16 Ogos, iaitu sehari sebelum hari kemerdekaan negara itu.
Chin merupakan pengurus besar kilang kelapa sawit PT Kreasi Jaya, sebuah anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).
Pesuruhjaya Kanan Polis Indonesia, Agus Rianto berkata ada kemungkinan Chin bergurau atau marah dengan pekerjanya.
Katanya tindakan Chin telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan di Dumai yang selepas itu telah melakukan bantahan di luar kilang.
Berikutan bantahan itu, polis Dumai telah menahan Chin pada 21 Ogos lalu.
Menurut Agus lagi, Chin akan di dakwa di bawah Artikel 66 Akta 2009 berkaitan bendera, bahasa, simbol dan lagu negara.
Berdasarkan laporan Jakarta Post, Chin bakal berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda Rp 500 juta (RM 150,762).
Haider Yutim
Thu Aug 29 2013
![Rakyat Malaysia ditahan kerana didakwa persenda bendera Indonesia Rakyat Malaysia ditahan kerana didakwa persenda bendera Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81377737547_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714154029_TBFLOTILLA.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
![Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714138206_FreedomFlotilla.jpg)
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
![Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669587024_WCupIranUSEmblem.jpg)
Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA
Bendera tanpa jata negara Islam itu dimuat naik ke Twitter, Facebook dan Instagram sebelum Mesyuarat Piala Dunia pada Selasa.
![PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667988162_PilihanRayaNegeri.jpg)
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
![Pascapemakaman Ratu Elizabeth II: Bendera rasmi di UK dinaikkan semula Pascapemakaman Ratu Elizabeth II: Bendera rasmi di UK dinaikkan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663677133_TBUNIONJACKFULLMAST.jpg)
Pascapemakaman Ratu Elizabeth II: Bendera rasmi di UK dinaikkan semula
Bendera-bendera rasmi di United Kingdom yang dikibarkan separuh tiang sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu, dinaikkan semula ke tiang penuh pada Selasa.
![PRN Sarawak: Perang bendera bakar semangat, rakyat undi calon dengan 'report card' cemerlang PRN Sarawak: Perang bendera bakar semangat, rakyat undi calon dengan 'report card' cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638676247_TBannuarrapaee.jpg)
PRN Sarawak: Perang bendera bakar semangat, rakyat undi calon dengan 'report card' cemerlang
Adakah perang bendera ini senjata paling ampuh untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat memilih calon paling layak?
![Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629589095_SemangatMerdekaB.jpg)
Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran
Penduduk bergontong-royong menyiapkan bendera gergasi sepanjang 50 meter dan direntangkan di bangunan setinggi 17 tingkat itu.
!['Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR 'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629391542_TBKIBARBENDERA.jpg)
'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.
![Jalur Gemilang harus dimuliakan, tidak boleh diganggu imejnya - Saifuddin Jalur Gemilang harus dimuliakan, tidak boleh diganggu imejnya - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628312931_TBSAIFUDDINABDULLAH.jpg)
Jalur Gemilang harus dimuliakan, tidak boleh diganggu imejnya - Saifuddin
Penggunaan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia mempunyai kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.
![PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19 PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628306249_TBMuhyiddin.jpg)
PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19
Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia.