KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di Kompleks Petronas Khartoum, Sudan yang menjadi sasaran pertempuran telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat pada lewat petang Isnin, waktu Sudan.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan berkata, beliau juga telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar Negeri untuk memanggil Duta Besar Sudan bagi menyuarakan pandangan Malaysia susulan konflik terbaharu.
Ia berikutan situasi yang semakin meruncing dan laporan berkenaan “pengambilan paksa” Kompleks Petronas di Sudan, yang turut menempatkan Kedutaan Besar Malaysia.
"Selain itu, Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menceroboh kompleks berkenaan.
"Dalam pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) telah menekankan keutamaan untuk kesemua pihak di Sudan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dipelihara.
"Ia adalah konflik dalaman dan kepentingan warganegara asing tidak harus menjadi sasaran pihak-pihak yang bertelagah," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry berkata Malaysia sedang mengambil langkah membawa pulang kesemua rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan dan memohon kerjasama pihak Sudan bagi menjamin kelancaran usaha tersebut.
Beliau menegaskan, keselamatan kesemua rakyat Malaysia di Sudan adalah menjadi keutamaan kerajaan.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan semua rakyat negara ini akan dibawa keluar dari Sudan jika keselamatan mereka terancam.
"Bagi tujuan ini, Pasukan Khas yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri telah merangka pelan evakuasi untuk membawa pulang 32 rakyat Malaysia berdasarkan data terkini yang dikongsikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.
"Ia akan dilaksanakan bersama negara-negara sahabat serta-merta sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian.
"Walau bagaimanapun, keadaan semasa masih belum mengizinkan proses evakuasi dilakukan kerana pertempuran masih memuncak," tambah Zambry.
Dalam masa yang sama, beliau berkata krisis di Sudan turut memberi kesan kepada semua pejabat kedutaan asing.
Ujar beliau, terdapat laporan serangan yang dilakukan ke atas Duta Besar Kesatuan Eropah ke Sudan, rakyat Jepun dikasari, kenderaan diplomatik Amerika Syarikat (AS) ditembak dan kediaman rasmi Duta Besar Kuwait ke Sudan diceroboh.
Astro Awani
Tue Apr 18 2023
![Rakyat Malaysia di Kompleks Petronas Khartoum berjaya dipindahkan - Zambry Rakyat Malaysia di Kompleks Petronas Khartoum berjaya dipindahkan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681694175_ZambryAbdulKadir.jpg)
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan berkata, beliau juga telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar Negeri untuk memanggil Duta Besar Sudan - Fail/BERNAMA
![Pihak berkaitan perlu tawarkan ganti rugi kepada AirAsia susulan gangguan IT - Tony Pihak berkaitan perlu tawarkan ganti rugi kepada AirAsia susulan gangguan IT - Tony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721748519_TanSriTonyFernand.jpg)
Pihak berkaitan perlu tawarkan ganti rugi kepada AirAsia susulan gangguan IT - Tony
Pihak-pihak yang berkaitan perlu menawarkan pembayaran ganti rugi kepada AirAsia Group ekoran gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.
![Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696495589_AirPaip.jpg)
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
Tumpuan Rabu – 24 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721731141_tbCREaTE.jpg)
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
![Nur Adlina harap menyerlah pada penampilan terakhir SUKMA Nur Adlina harap menyerlah pada penampilan terakhir SUKMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721727527_NurAdlinaNasreenb.jpg)
Nur Adlina harap menyerlah pada penampilan terakhir SUKMA
Atlet pelayaran Perlis Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri berharap dapat tampil menyerlah pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
![LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721726694_tbJohariAbdulGhani.jpg)
LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar
Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah yang terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import.
![Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721738910_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam.
![Prosedur, sistem komunikasi di lapangan terbang boleh ditambah baik - Loke Prosedur, sistem komunikasi di lapangan terbang boleh ditambah baik - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Prosedur, sistem komunikasi di lapangan terbang boleh ditambah baik - Loke
Beberapa perkara berkaitan prosedur dan sistem komunikasi di lapangan terbang dilihat boleh ditambah baik.
![Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721726614_CMGperniagaanChi.jpg)
Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China
China komited untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan dialog, mengawal perselisihan serta memperkasakan kerjasama bagi menstabilkan dan menambah baik hubungan bilateral.
![Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mengurangkan hukuman penjara 35 tahun yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh teman wanitanya.
![Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Deklarasi Beijing merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.
![Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721467488_DhakaBangladesh.jpg)
Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu adalah susualan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan rusuhan di Bangladesh yang bertambah getir sejak kebelakangan ini.
![Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721627213_tbAwangBemee.jpg)
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
![LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721630406_TBAnwarIbrahim.jpg)
LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara
Anwar berkata, LHDN berperanan besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.
![Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721630187_TBAnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar
Kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.
![Kerajaan sasar kurangkan pinjaman bersih kepada RM86 bilion tahun ini - PM Anwar Kerajaan sasar kurangkan pinjaman bersih kepada RM86 bilion tahun ini - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sasar kurangkan pinjaman bersih kepada RM86 bilion tahun ini - PM Anwar
Kerajaan menyasar untuk mengurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM93 bilion pada 2023, dan RM100 bilion pada 2022.
![‘Kirim salam kepada yang enggan’, PM Anwar seru rakyat Malaysia kibar Jalur Gemilang ‘Kirim salam kepada yang enggan’, PM Anwar seru rakyat Malaysia kibar Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721552300_AnwarIbrahim.jpg)
‘Kirim salam kepada yang enggan’, PM Anwar seru rakyat Malaysia kibar Jalur Gemilang
Anwar berkata, kibaran Jalur Gemilang itu boleh dilihat sebagai cerminan jati diri dan kemegahan setiap rakyat Malaysia dengan negara ini.
![Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721474409_tbAnwarIbrahimSul.jpg)
Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota.
![Sultan Ibrahim tekankan tatakelola baik, tingkat imej negara - Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor Sultan Ibrahim tekankan tatakelola baik, tingkat imej negara - Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721448291_PertabalanAgong.jpg)
Sultan Ibrahim tekankan tatakelola baik, tingkat imej negara - Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor
Tuanku mempunyai cita-cita sama dengan Perdana Menteri iaitu hendak tadbir urus yang baik, negara kita bersih daripada rasuah, penyelewengan.
![#AgongKita: Kerajaan, rakyat harungi gelora ekonomi dunia di bawah naungan Agong - Anwar #AgongKita: Kerajaan, rakyat harungi gelora ekonomi dunia di bawah naungan Agong - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721446839_PertabalanAgong.jpg)
#AgongKita: Kerajaan, rakyat harungi gelora ekonomi dunia di bawah naungan Agong - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tegas digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI mencetus kadar pertumbuhan memberangsangkan.