Wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh yang ditahan tentera Israel di Penjara Givon, berasa seperti berada di zon perang ketika kapal flotila Al-Awda membawa ubat-ubatan ke Gaza ditawan tentera Israel pada kedudukan 49 batu nautika dari perairan Gaza.
Mohd Afandi yang ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Selasa malam, berkata kapal berkenaan dikepung 12 bot tentera laut Israel termasuk tiga kapal perang biarpun hanya membawa bekalan ubat, sedangkan semua benda yang boleh mengancam keselamatan tentera Israel sudah dicampak ke laut.
"Malah garpu juga saya campak ke laut kerana tidak mahu tentera Israel berasa terancam. Namun kapal kami tetap dikepung dengan tentera bersenjatakan mesingan dan diarahkan belayar ke perairan Israel," katanya.
Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berusia 47 tahun yang menetap di Terengganu itu selamat tiba di tanah air selepas dibebaskan oleh tentera negara berkenaan pada Isnin.
Mohd Afandi dibebaskan selepas ditahan di penjara Israel selama kira-kira 36 jam.
BACA: Misi Al-Awda: Tahanan Malaysia tidak dipukul Israel
BACA: Ahli misi Al-Awda dipukul, direnjat dengan elektrik
Beliau tiba di KLIA pada 7.40 malam dengan pesawat Thai Airways dari Bangkok. Sebelum itu, Mohd Afandi menaiki pesawat Israel Airlines El Al dari Tel Aviv ke Bangkok.
Jelasnya, beliau dibebaskan tentera Israel selepas dipaksa menandatangani surat perakuan bahawa dia menceroboh perairan Israel.
"Saya meminta untuk menandatangani surat akuan itu di hadapan peguam saya. Ia bukan bermakna saya mengakui kesalahan itu tetapi saya perlu keluar dan pulang ke tanah air kerana risaukan kesihatan ibu di Terengganu," katanya.
Mohd Afandi berkata pihak berkuasa Israel membelikan tiket penerbangan ke Malaysia dan ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, beliau meminta pertolongan seorang pelancong rakyat Malaysia bernama Darren untuk menghantar WhatsApp kepada isterinya bahawa dia akan pulang pada Selasa.
"Kesemua wang tunai sebanyak 496 euro dan telefon bimbit dirampas tentera Israel. Saya pulang dengan tidak membawa apa-apa," katanya.
BACA: Dua aktivis dari kapal Al-Awda dibebaskan
BACA: Kapal Al-Awda sah ditawan Israel
Mohd Afandi berlepas dari KLIA pada 15 Julai untuk menyertai misi kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza.
Misi tersebut dikenali sebagai solidariti flotila 'Right to A Just Future for Palestine'.
Kapal flotila Al-Awda yang berlayar menggunakan bendera Norway membawa 22 aktivis dari 16 negara termasuk penyokong hak asasi manusia, wartawan dan krew turut membawa kargo ubat-ubatan bernilai Euro 13,000 (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza.
Bagaimanapun kapal berkenaan ditawan tentera Israel pada 29 Julai, iaitu hari kesembilan pelayaran dan kesemua sukarelawan ditahan dalam penjara Givon di Israel. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 31 2018
Mohd Afandi mengibarkan Jalur Gemilang sejurus selamat sampai ke KLIA pada Selasa malam. - BERNAMA
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
PGPF kecam kekerasan Israel terhadap sukarelawan flotila
PGPF antara lain menggesa rejim Israel segera menghentikan semua serangan dan penahanan sukarelawan Freedom Flotilla Coalition (FFC) serta membebaskan mereka tanpa sebarang pendakwaan.