IPOH: Keputusan UMNO untuk bertanding secara bersendirian menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan Perak.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, hubungan antara barisan Exco yang terdiri daripada parti UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan Menteri Besar sangat baik.
Malah, katanya, hubungan dalam kalangan Ahli Majlis sehingga ke peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga harmoni.
Justeru, beliau yang juga Exco Kerajaan Perak berharap hubungan antara ketiga-tiga parti itu berkekalan sehingga dan selepas pada PRU15.
“Apa yang kita harapkan kerjasama yang berlaku pada hari ini berkekalan sehingga PRU15. Itu harapan besar daripada kita dan saya yakin ia bukan sahaja harapan besar daripada pihak Pas sahaja tetapi juga harapan daripada rakyat.
“Rakyat mahukan kita semua dari pihak parti-parti besar Melayu-Islam ini terus bekerjasama seperti yang berlaku hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di sini pada Selasa.
Pada Ahad, ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020), Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan bahawa partinya akan bertanding secara bersendirian dengan menggunakan logo BN pada PRU-15.
Sementara itu, Mohd Akmal berkata, Pas Perak bersedia dan akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti di peringkat pusat berhubung sebarang kemungkinan susulan keputusan UMNO itu.
“Pas Perak sentiasa bersedia dalam apa juga kemungkinan dan kita sudah mula menggerakkan jentera parti di setiap peringkat untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
Amirrul Rabbani
Tue Mar 30 2021
![Rakyat mahu parti Melayu-Islam terus bekerjasama - Setiausaha Pas Perak Rakyat mahu parti Melayu-Islam terus bekerjasama - Setiausaha Pas Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617092808_MohdAkmalKamarudin.jpg)
Mohd Akmal Kamaruddin berkata, sebilangan besar rakyat mengharapkan tiga parti besar Melayu-Islam akan terus mengekalkan kerjasama seperti yang berlaku hari ini. - Gambar fail
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710647876_TBBungMoktar.jpg)
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
![PRU15: PN tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti - Muhyiddin PRU15: PN tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668090716_MuhyiddinYassin.jpg)
PRU15: PN tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan sekali lagi tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634291940_AhmadMaslan.jpg)
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
!['Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong' 'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599101437_JPN.jpg)
'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.
![Rakyat mahu parti Melayu-Islam terus bekerjasama - Setiausaha Pas Perak Rakyat mahu parti Melayu-Islam terus bekerjasama - Setiausaha Pas Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617092808_MohdAkmalKamarudin.jpg)
"Rakyat mahu parti Melayu-Islam terus bekerjasama" - Setiausaha Pas Perak
Exco Kerajaan Perak itu berharap hubungan antara ketiga-tiga parti itu berkekalan sehingga dan selepas pada PRU15.